33

2.7K 153 3
                                    

Anggun Lilyann peluk lengan Armada sebaik bangkit daripada kerusi pelamin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann peluk lengan Armada sebaik bangkit daripada kerusi pelamin. Majlis bersanding mereka di dalam istana sudah pun selesai. Tiba masa untuk mereka keluar menjamu selera di khemah tertutup yang terletak di luar istana.

"Sakti tahu apa menu malam ni?" Anggun bertanya dengan begitu perlahan pada Armada.

"Sama seperti semalam, pelbagai. Rasanya malam ni ada nasi hujan panas, nasi dagang dan nasi putih berlauk. Manisan, air panas dan air sejuk, buah dan makanan ringan." Armada menjawab berdasarkan apa yang jejaka itu tahu.

"Sedapnya nasi dagang..." Anggun sudah mula mengiur. Rasanya kali terakhir Anggun makan makanan itu sebelum belajar di United Kingdom.

"Sakti tak rasa itu hidangan pengantin. Tapi kalau Lily mahu, Sakti akan minta pada pelayan." Suara Armada turut rendah, hanya cukup untuk beri Anggun dengar.

"Mahu." Anggun berkata.

"Okay"

Pasangan ini teruskan berjalan sehinggalah tiba di meja makan khas buat kedua mereka. Seperti bicara Armada, nasi dagang bukanlah sajian buat pengantin.

Anggun labuh duduk sementara Armada masih berdiri, memandang segala juadah yang berada di atas permukaan meja.

"Kenapa bang?" Bima menegur.

Sejak Budi pecat diri sendiri daripada menjadi pengapit Armada, Bima la orangnya yang terpaksa jadi pengapit bidan terjun. Sudahlah Bima tak pernah sertai raptai sebelum ini. Mujur Bima tidak tersungkur sewaktu perlu berjalan dengan perlahan di belakang pengantin.

"Anggun mahu nasi dagang," ujar Armada.

"Oh... tak apa, kau duduk. Biar aku pergi ambil." Bima berbesar hati ingin menolong. Tak perlulah Bima panggil pelayan hanya kerana perkara ini. Bima boleh lakukan sendiri.

Armada lihat pelayan mereka tuangkan air kosong sejuk di sebuah gelas panjang. Seorang lagi pelayan sudah bersedia hendak tanya air manis apa yang pasangan pengantin ini mahu.

"Che Puan mahu air apa?" pelayan itu bertanya sambil membongkok separuh tubuh.

"Coffee ada?" Anggun bertanya dahulu. Nanti minta air yang tidak ada, pelayan itu pula yang susah.

"Ada. Kita ada black coffee dan white coffee malam ni," jawab si pelayan.

"Saya nak white coffee, panas ya. Terima kasih." Anggun tayang senyum pada pelayan tersebut.

"Kopi?" Armada lihat kopi yang sedang dituang oleh pelayan ke dalam cawan Anggun.

"Tekak saya teringin sesuatu yang pahit tapi manis." Anggun memberitahu.

"Lily pasti boleh tidur kalau minum kopi sekarang?" kening Armada terjongket ke atas.

"Kalau saya tak boleh tidur, saya kacau Sakti. Kita berdua sama-sama tak perlu tidur." Anggun menjawab mudah. Dah ada suami, apa guna suami kalau tak di kacau?

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now