27

2.3K 146 6
                                    

Dewi bawa keluar telefon pintarnya daripada beg tangan yang digunakan hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dewi bawa keluar telefon pintarnya daripada beg tangan yang digunakan hari ini. Dewi cari nombor adik lelakinya sebelum rapatkan telefon ke telinga.

"Hello?" Dewi menyapa sebaik panggilan mereka bersambung.

"Kenapa kak? Kau bila nak sampai sini?" suara Dhihka agak kuat kedengaran, mungkin Dhihka tinggikan suara kerana majlis sedang riuh sekarang.

"Aku tengah on the way. Bacaan doa dah selesai ke?" Dewi lihat kukunya sambil bercakap.

"Dah, lama dah habis. Kau tu lambat sangat. Orang dah siap baca doa, dah makan, kau tak sampai-sampai lagi." Dhihka bebelkan kakaknya yang seorang ini.

"Buat apa aku nak tiba awal di majlis doa kesyukuran orang yang aku suka? Majlis tu diadakan untuk kenalkan bakal isteri Armada tau. Gilalah aku kalau sampai awal." Dewi membalas, agak mendatar.

Dhihka guling mata ke atas. Lebih baik tak payah datang langsung kalau begitu. Dah kalau datang pun pada waktu kemuncak.

"Perempuan tu macam mana? Bakal isteri Armada tu? Cantik ke?" Dewi perlahankan suara. Tujuan Dewi hubungi Dhihka memang untuk bertanya soal gadis yang berjaya raih hati Armada saja.

Dhihka tidak terus menjawab. Jejaka ini cari kelibat Anggun yang terlihat sedang berjalan bersama Tengku Teja. Merata tempat Tengku Teja dan Tengku Panji bawa si Anggun, mahu kenalkan Anggun pada setiap sedara mara.

"Cantik." Sepatah pujian Dhihka buat Anggun.

"Hisy! Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan?" Dewi membentak. Dia yang tanya, dia juga yang tak boleh terima kenyataan.

"Aku serius, aku tak tipu, aku bukan mahu sakitkan hati kau. Kau kan suka tengok perempuan lawa-lawa ni. Lebih baik kau datang sini dan tengok bakal isteri Armada ni sendiri. Kalau kau tengok bapa dia, meleleh air liur kau"

"Bapa dia aje masih kacak, masih tegap badannya, tinggi. Mama dia jangan cakaplah, cantik gila untuk usia dia. Abang Anggun tu pun... rasanya ramai peminat. Anggun tu memang lawa kak. Tak pelik aku kalau Armada tergoda. Aku tengok pun, aku suka." Bukan main Dhihka puji keluarga Anggun tinggi melambung.

Dewi terdiam. Wanita ini buang pandangan ke luar tingkap kereta. Mereka hampir sampai sebenarnya ni.

"Lagi satu kak, kau tahu tak bakal isteri Armada tu doktor? Doktor perubatan. Lepastu maklong beritahu Anggun bakal sambung phd lepas kahwin dengan Armada nanti. Dia sambung di Oxford universiti, belajar dari jarak jauh." Dhihka bercerita lagi. Kagum Dhihka dengan pemilihan Armada ini.

"Dah kahwin dengan anak Sultan kan? Setakat sambung belajar di Oxford, benda biasa." Dewi memperlekehkan kemampuan Anggun.

"Bukanlah kak... Anggun tu graduan Oxford sekarang. Dia graduan perubatan daripada universiti Oxford dengan biasiswa penuh. Oxford tawarkan fast track phd pada Anggun sebab setiap semester Anggun perform dan jadi best student di sana. Anggun tu baru 25 tahun, tahun ni." Dhihka menerangkan dengan lebih lagi.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now