47

2.2K 148 13
                                    

Tengku Sakti Armada membongkok sedikit, mahu bisikkan sesuatu pada telinga sang isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada membongkok sedikit, mahu bisikkan sesuatu pada telinga sang isteri. Perlahan-lahan, senyuman terbit di wajah Anggun. Anggun mengangguk, tanda setuju dengan cadangan Armada.

"Boleh saya panggil awak dengan nama Eryna?" Anggun meminta izin pada si wanita yang masih berdiri tegak pada tempatnya.

"Boleh, Che Puan"

"Jangan panggil saya Che Puan, panggil Anggun je." Anggun tak mahu terlalu formal dengan Eryna. Anggun mahu jadikan Eryna sebagai kawan. Anggun tak mahu hubungan mereka agak kekok kerana pangkat Anggun sekarang.

"Tak boleh macam tu, Che Puan." Eryna menolak, serba salah. Takkanlah dia mahu panggil Anggun semata-mata? Tak ada rasa hormat pula pada keluarga diraja.

"Tak apa, panggil Anggun je. Saya benarkan." Anggun tersenyum mesra.

Eryna masih terlihat kekok, tidak tahu apa yang perlu dia balas. Walaupun Anggun beri kebenaran, Eryna tetap berasa tak selesa.

"Eryna duduk dulu sekejap, nanti pemandu istana dah tiba di bawah, Eryna boleh pulang dengan mereka. Mereka akan hantarkan Eryna." Anggun memberitahu.

Membulat mata Eryna terima perkara tersebut. Laju saja Eryna geleng kepala bersama raut cuak.

"T-tak apa, saya boleh balik sendiri, serius." Kecut perut Eryna apabila ditawarkan dengan benda sebegitu.

"Eryna jangan risau, Eryna takkan berdua dengan pemandu tu. Eryna akan ditemani oleh pengiring saya, Humairah. Dia dah ada dekat luar, menunggu Eryna." Anggun memberitahu.

"Menyusahkan saja... tak perlulah Che Puan." Eryna terus-terusan menolak.

"Mereka akan hantar Eryna pulang ke kem saja. Kem tak jauh daripada sini, Eryna. Pergi sajalah." Althaf akhirnya masuk campur.

Raut Eryna jelas terlihat risau dan takut. Betul ke boleh?

"Atau nak saya ikut hantar Eryna?" Anggun sudah bangun, bersedia jika dia perlu ikut untuk hantar Eryna.

Eryna telan liur. Eryna lebih memilih di hantar oleh Anggun berbanding naik kereta bersama dua orang yang langsung tak dikenali. Sekurangnya jika Anggun ada, mereka berdua tak boleh pandang serong pada Eryna.

"Jom." Anggun anggap diam Eryna sebagai jawapan tanda setuju.

"Saya hantar Eryna sekejap, boleh?" Anggun meminta izin pada Armada terlebih dahulu.

"Boleh, sayang. Hati-hati. Pastikan pengawal ada dengan sayang." Armada beri pesanan.

"Alright. See yah." Anggun sangkut beg tangan di bahu sebelum berjalan sekali dengan Eryna.

Althaf dan Armada hanya hantar kedua wanita itu keluar menggunakan lirikan mata. Sebaik pintu wad di tutup sepenuhnya, Armada pandang Althaf yang sedang duduk bersila atas katil.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now