36

2.9K 179 35
                                    

Tengku Bima Inderapura keluar daripada bilik sambil pakai jam tangan. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, Bima mahu turun sekarang. Takut kalau ditinggalkan oleh Armada kerana lewat. Armada itu sudahlah orang yang menepati masa. Jika Bima lambat, tanpa sebarang perasaan Armada tinggalkan Bima di sini.

"Uit, nak keluar ke?" Sephia menegur.

"Nak ikut Armada dan Anggun ke kota," ujar Bima.

"Ouh... seronok tapi aku dah pergi tengok. Enjoy la, aku nak tidur. Penat!" Sephia terus masuk semula ke bilik.

Sephia sudah separa lena tadi sebelum terasa ingin basahkan tekak. Akibat jag airnya sudah kosong, Sephia terpaksa turun untuk isi jag tersebut.

Bima mencebik. Rasanya Bima seorang saja kot yang masih aktif sekarang. Tenaganya masih penuh walaupun sibuk selama lima hari ini.

"Tuanku, pengawal Che Puan dah tiba di ruang legar istana." Pembantu Armada memberitahu akan maklumat yang baru diterima.

Armada mengangguk, faham.

"Beri saya ke bilik air sebentar." Armada menapak ke bilik air di ruangan dapur, hendak berus giginya.

Anggun pula sanggup naik ke atas semata hendak berus gigi. Memandangkan berus gigi Armada memang tersedia di bilik air dapur, Armada malas mahu ke atas. Lagipun Armada tak mahu pengawal di sana tunggu lama.

"Che Puan, Tuanku dah tunggu Che Puan di ruang legar istana." Seorang pekerja istana menyapa Anggun sebaik Anggun keluar daripada bilik.

"Okay. Terima kasih." Anggun lakar senyum sebelum berjalan dengan pantas untuk ke ruang legar.

"Halu..." meleret teguran Bima ketika nampak sang kakak sedang menuju ke tangga istana.

"Betul-betul putera diraja ni. Pakai T shirt berkolar pun masih kacak." Anggun ambil kesempatan untuk memuji Bima.

"Tengok acuannya," balas Bima.

Anggun tertawa kecil.

"Lagipun kota mesti ramai orang. Nak pula harini hari Ahad, hari minggu dan hari terakhir hiasan perkahwinan ada di sana. Tak mahulah pakai yang grand sangat. Panas," sambung Bima.

"Bima dah pergi tengok hiasan tu?" soal Anggun.

"Dah. Hari pertama wedding planner pasangkan hiasan, Bima dan Armada turun untuk tengok. Cantik. Siap ada tulis, pengantin diraja Melaka." Bima bercerita.

Makin tak sabar Anggun mahu lihat hiasan mereka. Anggun bukan tak mahu lihat dengan lebih awal cuma dirinya tak dibenarkan muncul di tempat awam sehingga majlis selesai. Mungkin sebab itu juga hiasan masih di sana walaupun segala majlis sudah selesai. Tengku Panji dan Tengku Teja mahu beri masa pada Anggun untuk lihat hiasan tersebut.

"Love." Suara Armada memanggil kedengaran di telinga kedua mereka.

Kepala Anggun menoleh, cari sang suami. Kelihatan Armada sudah berdiri di hadapan empat jejaka yang bertubuh tegap belaka.

Anggun dapatkan sang suami, senyuman tak lekang untuk sambut keempat-empat pengawal ini. Bima turut berjalan di belakang Anggun. Kedua tangannya dimasukkan dalam kocek seluar.

"Bima, kenderaan Bima dah ada kat luar kalau Bima mahu keluar sekarang." Armada memberitahu.

Bima mengangguk. Tak apalah, Bima tunggu dalam kenderaannya saja. Armada cuma mahu kenalkan Anggun dengan pengawal si wanita semata. Tak perlulah Bima menunggu.

"Ini pengawal Lily. Empat orang. Mereka yang akan jaga Lily selepas ni. Setiap kali keluar, mereka perlu ada." Armada memberitahu.

Anggun lihat wajah keempat mereka dengan riaksi senang. Anggun sedar, ada satu wajah yang begitu dikenali oleh Anggun tetapi Anggun buat keputusan untuk bertingkah seolah mereka tidak pernah berkenalan sebelum ini.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now