Bahagia para gadis-gadis di Kota Melaka sekarang apabila kelibat tampan serta sasa Raja Muda mereka kelihatan berlari di bahu-bahu jalan. Sakan Armada berlari hari ini. Langkah kakinya besar, agak laju rentaknya pada petang ini, membelah bahu jalan untuk lengkapkan larian petang.
Sudah lama Armada tidak lari begini. Berlari laju tanpa henti, tanpa perlu hiraukan susuk yang mengekorinya. Selepas berkahwin, Armada banyak berlari bersama Anggun. Jadi larian Armada tidak begitu laju dan terkadang, ada masa Armada perlu berhenti dan berjalan laju kerana Anggun keletihan.
Armada hiraukan manusia kiri dan kanan. Kenderaan yang terus lalu lalang di jalan raya utama turut tidak mengganggu fokus Armada pada petang ini. Balas dendam sungguh si Armada sehingga Erman dan Khair dibelakang turut sama kehairanan memandang Armada.
Akhirnya... Armada berhenti juga selepas rasa dirinya melebihi trek larian yang selalu digunakan. Armada tidak terus berhenti. Daripada larian laju, ia berubah pada larian berkelajuan sederhana sehingga akhirnya berubah menjadi jalan lenggang.
Keringat sang Raja Muda terus-terusan jatuh ke bumi. Puas hati. Armada benar-benar berasa puas petang ini dengan larian sendiri. Jam elektronik yang dikenakan pada pergelangan tangan kanan menjadi kerlingan mata Armada.
Sudah pukul 5:30 petang. Ada masa kira-kira empat jam lagi sebelum Armada boleh ambil Anggun di hospital. Apa agaknya yang Anggun lakukan sejak pagi tadi? Armada langsung tak terima apa-apa mesej atau panggilan daripada Anggun.
Tetapi Faeez ada beri beberapa informasi tentang Anggun daripada semasa ke semasa. Faeez juga sudah berganti shif menjaga bersama Ali. Kali terakhir Ali beri informasi tentang Anggun, katanya Anggun sibuk menguruskan pesakit-pesakit di jabatan kecemasan.
Patutlah Anggun tidak tinggalkan apa-apa pesanan. Wanita itu diletakkan di bahagian kecemasan untuk hari pertamanya. Tidak mengapalah Anggun... Armada tahu isterinya pasti suka berada di situ. Sepanjang minggu ini, shif Anggun bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Pada minggu hadapan pula ia berubah menjadi 9 malam sehingga 9 pagi.
Armada buat renggangan ringkas di bahu jalan ini. Elok pula angin petang datang menyapa kulit Armada, dapat juga Armada rasa angin petang. Susah sebenarnya mahu rasai angin petang begini, nak pula mereka berada di Melaka.
Selepas lama berdiri statik di satu tempat, Armada akhirnya buka langkah untuk hampiri dua orang pengawalnya yang turut nampak berkeringat.
"Tuanku." Erman dan Khair sama-sama menegur Armada yang semakin hampir.
"Ada dapat apa-apa info baharu daripada Ali?" soal Armada bersama nafas yang masih cuba di kawal dan dibetulkan.
Erman dan Khair sudah agak, pasti Armada akan bertanya soal Anggun. Sayang benar pada isterinya. Pasti dalam jiwa sudah bergunung perasaan rindu Armada terhadap Anggun.
"Tiada, Tuanku. Sebentar lagi, saya akan bertanya info Che Puan pada Ali," jawab Khair sebagai orang tengah.
Armada mengangguk sekali dua. Armada ini pun satu. Kali terakhir Ali beri informasi bukannya pada 3 jam lepas tetapi pada 1 jam yang lalu. Jadi logiklah jika Ali tidak beri info baharu sekarang.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...