Tengku Sakti Armada berdiri di antara Budi serta Bima, mereka sedang sibuk agihkan makanan yang sudah siap dibungkus pada para jemaah yang hadir malam ini.
"Kau dah tahu ke belum, Armada? Dewi ada malam ni." Budi mulakan bicara, mahu abangnya cakna akan kehadiran sepupu mereka itu.
Armada hanya diam, sibuk hulurkan makanan pada para pekerja istana yang sedang berhadapan dengan rakyat.
"Kesum tu pun ada tapi nampaklah dia tu hanya buat hal sendiri. Tapi si Dewi? Hmm... hanya penuhi jemputan kerana kau ada di sini." Budi sambung ayatnya.
"Sudahlah, Budi. Kau pun melayan sangat si Dewi tu. Cuba jangan layan, lama-lama dia tak akan ganggu kita." Bima keluarkan nasihat buat kembarnya.
Naik bernanah telinga Bima ini dengar nama Dewi tanpa sudah.
"Kau percaya ke kalau kita tak layan si Dewi tu, Dewi tak akan ganggu kita lagi? Makin kita abaikan dia, makin sukalah dia keluar masuk istana tu. Lama-lama aku rasa tak selamat dalam rumah sendiri, risau kalau si Dewi tu tiba-tiba redah masuk bilik aku"
"Kita ni tak mahu pedulikan orang pun kena tengok juga siapa. Kalau orangnya macam Dewi, itu tak boleh tak peduli, memang kena peduli. Kalau tidak, dia buat istana tu macam hotel. Mudah-mudah masuk lepastu terus ke bilik Armada. Orang macam Dewi tu banyak akal tahu tak? Macam-macam dia boleh buat kalau dia mahu pada Armada." Tidak fasal-fasal, Budi membebel panjang.
"Sakit kepala aku dengar nama dia berulang kali." Bima pegang kepala sendiri. Rasanya otak Bima dah tak dapat tampung hendak dengar nama wanita itu lagi dan lagi.
"Korang buat apa tu?" Dewi mencelah secara tiba-tiba.
Tak tahu malu ke Dewi ini? Tiba-tiba menyibuk di bahagian lelaki. Tak ke lebih bagus Dewi pergi hulur bantuan di bahagian wanita sana? Agihkan makanan dan senyum pada rakyat. Pahala dapat, kesenangan juga dapat.
Budi buat keputusan untuk ikut cadangan Bima. Budi tak mahu pedulikan Dewi. Bima juga terlihat diam, langsung tak panggung kepala untuk pandang Dewi.
"Eh pakcik, laju aje jalan? Tak mahu ke nasi tomato ni?" Budi tegur seorang jemaah yang bertangan kosong, mahu keluar daripada kawasan masjid.
Daripada Budi terus duduk di belakang tabir dengan Dewi, ada baiknya Budi ke hadapan dan bermesra dengan para jemaah.
"Terima kasih ya sudi penuhkan masjid ni." Bima turut ambil kesempatan yang ada untuk lari daripada Dewi.
Budi dan Bima lebih rela bercakap dan duduk dengan rakyat daripada duduk dengan sepupu mereka sendiri. Dewi ini langsung tak menenangkan, menyakitkan hati lagi ada la.
Armada masih dengan tugasannya. Hulurkan makanan pada pekerja istana dan pekerja istana akan beri pada rakyat. Armada lebih selesa berada di bahagian belakang, tidak begitu terlihat.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...