15

2.2K 157 5
                                    

Anggun Lilyann berjalan agak perlahan, masuk ke dalam wad pesakit dementia bersama wajah yang jelas tidak terurus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann berjalan agak perlahan, masuk ke dalam wad pesakit dementia bersama wajah yang jelas tidak terurus.

Anggun rasa seperti baru lepas berperang selama 24 jam tanpa henti. Macam-macam ragam yang Anggun perlu hadapi, pelbagai benda baharu yang Anggun perlu lakukan.

Baru 10 hari Anggun jalani latihan perubatan ini tapi Anggun rasa dirinya seolah tidak mampu untuk tamatkan latihan. Hospital tempat Anggun jalani latihan sentiasa sibuk membuatkan Anggun tak cukup rehat dah perlu kerja pada lebih masa.

"Lilyann, you can go for 30 minutes break." Seorang jururawat wanita menegur Anggun yang baru masuk dalam wad mereka.

"Really? Like... really?" Anggun lihat wajah jururawat itu, penuh harapan.

"Yeah, go now. Find something to eat. You look exhausted." Jururawat tersebut mengambil berat.

Mana tidaknya, dia sudah lihat berpuluh doktor pelatih pengsan saat jalankan tugas. Jururawat ini tak mahu Anggun lalui perkara yang sama. Inilah akibatnya jika jadi doktor pelatih di hospital besar. Kebanyakan doktor atasan akan arah saja doktor latihan demi mudahkan kerja mereka.

"Oh I choose sleep over eating." Anggun gagahkan kaki mahu tuju ke bilik rehat buat para doktor pelatih.

Anggun tidak kesah jika dia hanya dapat tidur selama 20 minit. 20 minit jauh lebih panjang masanya daripada sangkaan orang. Lelap sebentar dapat tambah tenaga Anggun.

Baru lima langkah Anggun ambil untuk ke bilik rehat, dirinya sudah dikejutkan dengan panggilan telefon yang masuk secara tiba-tiba.

Anggun ketap bibir. Boleh tak jika Anggun mahu menangis di sini sahaja? Jika Anggun terima panggilan telefon, tidak lain dan tidak bukan pasti daripada doktor atasannya. Doktor atasan hubungi Anggun bukan hendak ajak makan tapi mahu tambah kerja Anggun.

Anggun tarik nafas dalam-dalam. Nampaknya dia perlu korbankan waktu rehatnya buat kali ketiga hari ini.

Anggun keluarkan telefon daripada poket seluar. Nombor pemanggil di lihat sebentar. Terbeliak mata Anggun sebaik sedar dirinya terima panggilan daripada Armada dan bukannya doktor atasan.

"Ui... panggilan daripada dia ni lagi menakutkan berbanding panggilan daripada atasan aku." Anggun garu kepala yang tidak gatal.

Seram sejuk Anggun dibuatnya. Berminggu mereka tidak bersua muka mahupun berbalas mesej. Tiba-tiba saja Anggun terima panggilan hari ini.

Anggun angkat juga panggilan daripada Armada. Telefon tersebut di bawa rapat ke telinga.

"Lily, Armada ni." Armada menegur terlebih dahulu.

"Ya... ada apa ya Tengku hubungi saya?" Anggun mahu tahu inti utama. Anggun tak ada tenaga mahu dengar mukadimah mahupun kiasan.

"You ada masa? I ada di hospital tempat you bekerja sekarang. I nak jumpa dengan you." Armada lihat ruang lobi hospital ini. Boleh tahan besar.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now