45

2.6K 174 18
                                    

Althaf Luthfan naik ke atas kapal KD Lekiu yang di jaga oleh jejaka ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Althaf Luthfan naik ke atas kapal KD Lekiu yang di jaga oleh jejaka ini. Hari ini merupakan hari pembersihan kapal. Sudah ramai anggota berada di atas kapal tersebut, mahu selesaikan bahagian tugasan mereka dengan pantas sebelum hujan turun.

Langit di Port Dickson tika ini begitu gelap. Kilat sering kali menyambar, disusuli dengan guruh hebat yang membingitkan telinga. Tetapi perkara itu tidak membantutkan jadual pembersihan kapal pada hari ini.

"Kapten!" para anggota yang perasan akan susuk Althaf langsung berdiri tegak dan beri tabik pada sang pegawai.

Althaf mengangguk.

"Sambung kerja," ujar Althaf.

Mereka perlu pantas. Kalau tidak, pembersihan ini tidak dapat diselesaikan sebelum hujan turun.

Angin kuat menyapa setiap susuk tentera yang berada di atas kapal. Althaf berhenti jalan untuk seketika, kunci kaki di tempat ia berpijak agar angin kencang itu tidak tumbangkan Althaf.

Serentak itu, air laut mula bergelora dek di tolak oleh angin. Kapal Lekiu ini turut bergoyang, semakin lama semakin hebat gerakannya membuatkan Althaf perlu paut pada sesuatu.

Mata Althaf dipincingkan, elak mana-mana habuk memasuki biji mata. Daripada tempat Althaf berdiri, Althaf perasan akan susuk seorang anggota wanita yang sedang terhuyung-hayang sendirian.

Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Eryna langsung tak sempat untuk paut pada mana-mana objek pegun membuatkan tubuhnya ditolak oleh angin kencang sebelum hilang imbangan dek goncangan kapal.

"Eryna! Pegang penghadang kapal!" jerit Althaf. Kenal sangat Althaf dengan anggota tersebut.

Siapa sajalah yang letak Eryna ini untuk uruskan tali kapal? Sudahlah tali kapal itu berat, berada di hujung kapal pula tu. Tugas Eryna ini sepatutnya dilakukan oleh lelaki berbadan tegap.

Eryna panjangkan tangan, mahu raih penghadang kapal tetapi goyangan kapal yang semakin hebat membawa tubuh Eryna ke hadapan, melanggar penghadang tersebut sebelum jatuh ke dalam laut.

"ERYNA!" mata Althaf terbeliak besar. Jejaka ini terus henti berpaut pada penghadang dan berlari ke hujung kapal.

Tanpa buka apa-apa pada tubuh, Althaf segera terjun ke dalam laut yang sedang rancak bergelora, ingin selamatkan anggota yang duduk di bawah jagaan Althaf.

Suasana langit yang gelap menyukarkan Althaf untuk melihat di dalam air laut tersebut. Althaf kembali ke permukaan air, lihat sekitarnya dengan perasaan risau yang menebal.

"ERYNA!" jerit Althaf lagi.

Spontan itu, Althaf rasa titisan hujan mula menyentuh kulit muka. Jejaka ini bertindak untuk selam semula ke dalam laut, mencari Eryna sehingga jumpa.

"ALTHAF!" Aakid terus berlari ke hujung kapal sebaik sedar sang rakan sudah terjun ke bawah.

"NAIK ALTHAF! KAU TERJUN TANPA BUKA BUT! NAIK!" jerkah Aakid.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now