Anggun Lilyann kemas sedikit ruang wad si abang. Althaf belum dibenarkan keluar tetapi lelaki itu berkeras mahu keluar hari ini juga.
Akhirnya, hospital beri kebenaraan bersama syarat, Althaf perlu tandatangani sebuah perjanjian. Perjanjian di mana pihak hospital tidak akan disalahkan oleh pihak Althaf jika berlaku segala komplikasi pada jantung Althaf selepas sang jejaka keluar.
Bengkak juga telinga Althaf dengar bebelan daripada Anggun. Sepanjang di bebel, Armada hanya tenang melihat sang isteri. Hanya telinga Althaf yang bingit. Armada? Neutral seolah tiada apa yang menyerang gegendang.
Seorang jururawat masuk ke dalam ruang wad bersama sebuah troli berisi alatan untuk buka jarum branula di tangan Althaf. Althaf yang perasan akan perkara itu segera labuh duduk di hujung katil.
"Er... nurse, kalau saya nak adik saya yang buka jarum branula ni, boleh?" Althaf meminta pada jururawat yang sudah sedia memakai sarung tangan.
Jururawat itu termangu. Tak pernah lagi sepanjang dia bertugas, ada pesakit yang mahu ahli keluarga sendiri bukakan jarum branula.
"Adik saya doktor jadi saya nak tengok macam mana dia buat kerja." Althaf beri alasan mengapa dia mahu Anggun yang bukakan.
"Er..." serba salah jururawat muda ini mahu tolak. Yang berada dihadapan mata adalah ipar pada Raja Muda. Kecut juga perut mahu tolak. Karang tidak memasal di gelar derhaka.
"Adik." Althaf terus panggil Anggun saat si jururawat kelihatan terkial-kial.
Anggun hanya balas dengan cerlungan tajam, masih tidak puas hati apabila Althaf bertindak untuk kekal keluar daripada wad.
"Tolong bukakan jarum branula untuk abang." Althaf meminta dengan penuh senyuman.
"Kenapa minta tolong adik? Abang kan tahu sangat tubuh abang tu macam mana. Abang kan lebih expert berbanding doktor. Buatlah sendiri." Anggun memerli.
Mana tidaknya, berulang kali Althaf kata dia okay dan dia baik-baik sahaja. Siap ucap yang Althaf lebih kenal tubuh sendiri berbanding doktor. Kalau begitu, buat semuanya sendiri. Tak perlu dapatkan bantuan dari ahli perubatan lain.
"Adik..." pandangan Althaf berubah kecewa. Tiada lagi senyuman pada bibirnya.
Anggun lepaskan nafas panjang. Berlebihan pula Anggun ni marah pada Althaf sedangkan Althaf mahu keluar kerana majlis Anggun juga.
Anggun menapak ke arah Althaf. Jururawat itu sudah menapak ke belakang, mahu beri Anggun ruang berdiri dihadapan Althaf. Armada tidak lepaskan peluang untuk turut lihat bagaimana Anggun lakukan kerja sebagai seorang doktor.
Anggun lihat tangan kiri Althaf yang tertusuk jarum branula sebelum Anggun lihat troli yang di bawa oleh jururawat itu.
"Beri saya perform hand hygiene sekejap." Anggun menapak untuk ke bilik air yang berada dalam wad ini.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...