Ruangan kaca dalam kawasan resort ini riuh dengan suara manusia yang saling berlaga. Sejak mereka tiba di Kundasang, Armada dan Anggun buat keputusan untuk beriadah di sekitar resort mereka semata.
Tatkala malam menjelma, kesemua mereka berkumpul di ruang kaca luas ini untuk jamah makan malam sambil menikmati pemandangan bunga-bungaan yang indah tertanam di sekitar kawasan resort.
"Okay! Che Puan masuk ke property saya. 350!" Daim sudah hulur tangan kanan kepada Anggun, meminta hutang yang perlu dilunaskan oleh Anggun dengan segera.
Kening Anggun yang sudah sedia ada berkerut lantas tercantum apabila Daim berbicara begitu. Tidak puas hati Anggun memandang wajah Daim sekarang.
Daim tahan senyum daripada terkoyak lebih besar. Tangannya masih setia terhulur pada Anggun. Daim juga sedang miskin sekarang ni, jadi Daim memang memerlukan duit sewaan daripada Anggun.
Mata Anggun turun memandang dadu yang masih berada atas papan permainan monopoli mereka. Ya, Anggun dan yang lain sedang lincah bermain monopoli di bawah langit gelap sekarang.
"Mana boleh... ni duit Anggun." Anggun tarik duitnya yang sudah terkumpul sehingga dapat di ukur ketebalannya.
Anggun pandang Daim menggunakan ekor mata membuatkan senyuman pada wajah Daim perlahan-lahan memudar.
"Tapi Che Puan masuk property saya." Daim tuding jari pada buah Anggun yang berhenti dalam kotak yang sudah di beli oleh Daim.
"Ala... Anggun kan baru first time mendarat dekat situ, bagilah chance. Tak ada free trial ke?" Anggun kelipkan matanya berkali-kali, meminta simpati.
Riffat yang turut berada di meja panjang itu tersenyum senang. Jejaka ini tundukkan kepala untuk kawal riaksi sendiri. Nanti orang lain perasan pula raut Riffat yang terlalu berlebihan.
Daim terkesima. Tiada kata yang sesuai untuk Daim balas sekarang. Free trial? Percubaan percuma? Apa Anggun ingat ini aplikasi Netflix? Ya Tuhan... mujurlah Anggun ini majikan Daim.
"Sakti." Anggun toleh kepala, mahu gunakan kuasa veto yang sering berpihak pada Anggun.
Mata Ali membulat. Memang Daim takkan dapat 350 yang Anggun hutang padanya. Satu saja perkataan yang keluar daripada mulut Armada pasti akan sepikan ruangan ini.
Armada yang duduk agak jauh daripada kedua mereka hanya panggung kepala, pandang terus pada wajah Anggun. Serentak, kesemua di situ menunduk kepala kerana tak mahu di tenung oleh Armada begitu lama.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...