Anggun Lilyann berlari ke arah pagar kayu yang memisahkan antara ladang luas bersama tempat ternakan lembu. Armada dibelakang hanya berjalan tenang, memandang tempat yang di tuju oleh Anggun.
"Oh my... sadonya awak." Anggun bercakap dengan seekor lembu yang sedang duduk malas di atas tanah. Anggun rasa lembu ini jauh lebih besar daripada tubuh Anggun sendiri.
Siapa saja tidak tahu, Kundasang Sabah ini dikenali dengan ladang luas bersama lembu-lembu yang bewarna hitam putih berdekatan ladang kehijauan tersebut. Sekali pandang seolah berada di negara New Zealand.
"Cantiknya..." Anggun pegang penghadang kayu itu sebelum termenung melihat lembu-lembu dihadapan mata.
"Moo..." terbit bunyi lembu yang di buat-buat daripada mulut Anggun. Anggun tertawa kecil saat lihat lembu itu tiba-tiba statik mendengar suara Anggun.
Lembu sado tersebut kemudian bangun daripada duduknya membuatkan Riffat tarik lengan Anggun secara spontan, tak mahu Anggun berdiri terlalu rapat pada pagar kayu. Sekali Anggun di rempuh oleh lembu ini, sia-sia saja.
"Sakti, lembu!" Anggun panggil sang suami bersama lambaian tangan. Lambat benar Armada ini berjalan sehingga tidak tiba-tiba di sebelah Anggun.
Riffat lepaskan pegangan tangannya pada Anggun sebaik wanita itu berada agak jauh dari pagar kayu. Riffat kembali berdiri tegak, mengawasi Anggun daripada tempatnya.
"Lily panggil abang lembu?" kening Armada berkerut tebal, hampiri isterinya.
"Bukan. Lily cakap, abang, sini ada lembu." Anggun tuding jari pada lembu yang sudah pun berdiri memandang Anggun.
"Mujur Riffat tarik awak, sayang. Kalau tidak... agaknya kepala lembu ni boleh tertolak badan Lily." Armada menegur Anggun dengan baik. Tak mahu Anggun begitu teruja sehingga lupa akan keselamatan diri.
"Lembu ni baik, kan?" Anggun lentok kepala pada lembut bewarna hitam putih ini.
Armada hanya mampu geleng kepala. Dapat lihat lembu pun boleh ceriakan hari Anggun. Rasanya dekat Semenanjung juga ada lembu. Armada tak tahu apa bezanya. Kalau teruja kerana jumpa zirafah, itu lainlah cerita.
Anggun buka langkah, hendak dekati lembu tersebut tetapi pantas saja Armada menghalang. Lingkaran pada dahi Armada semakin tebal memandang Anggun.
"Tengok daripada sini," tegas Armada. Keras kepala pula si Anggun pagi ini. Orang sudah pesan jangan terlalu hampir tapi kaki itu gatal hendak mendekat.
"Nak usap kepala dia, sikit je." Anggun meminta bersama mata kuyu yang bersinar-sinar.
"No." Armada tekan suara. Armada bukannya halang saja-saja. Lihatlah betapa besarnya lembu dihadapan mereka. Ototnya jelas terlihat. Bahaya jika Anggun terlalu dekat.
Anggun cebik bibir. Wanita ini terima larangan Armada bersama hati yang berat. Lirikan mata kembali memandang lembu yang sudah hulur kepala melebihi pagar kayu tersebut. Lembu di situ memang tampak baik. Mereka boleh saja rempuh pagar kayu ini jika mereka mahu tetapi mereka tidak lakukan perkara tersebut.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...