Anggun Lilyann masuk ke dapur sebaik lihat segala persiapan di luar. Persiapan memang baru sahaja dimulakan jadi tiada apa-apa lagi yang terpasang kecuali proses mendirikan khemah.
Masuk saja ke dapur, Anggun dapat lihat ramai pekerja sedang lakukan tugasan masing-masing. Anggun berjalan terus menuju ke arah Budi yang sedang enak makan kuih keria gula melaka.
"Jarang tengok kau berlegar dalam istana sorang-sorang. Armada mana?" Budi menegur sebaik sang kakak labuh duduk atas kerusi panjang.
"Tengah berbual dengan walid." Anggun lihat kuih keria yang hanya tinggal beberapa ketul sahaja. Mangkuknya bukan main besar tetapi isi boleh di kira menggunakan jari.
"Anggun boleh makan ke ni?" jari Anggun tertuding pada kuih tersebut. Kot lah lebihan sedikit ini mahu ditinggalkan untuk sesiapa.
"Makan aje," jawab Budi selamba. Bukannya ada sesiapa yang mahu halang. Kalau ada pekerja yang marah Anggun kerana makan kuih tersebut maknanya pekerja itu yang menempah maut.
Anggun tersenyum tipis seraya ambil seketul kuih. Anggun dapat rasakan ia masih suam. Baru lepas di goreng ke?
PAK!
Refleks, Anggun angkat kepala sebaik dengar tepukan kuat. Susuk Budi yang duduk berhadapan Anggun di pandang tanpa kerdipan mata. Jatuh sedikit rahang Anggun apabila sedar Tengku Teja yang pukul tubuh belakang Budi. Raut wajah Budi? Usah di tanya... berkerut-kerut menahan sakit.
"Bonda dah kata, makan satu ada dua ketul. Ini kenapa sampai kosong mangkuk?!" Tengku Teja tekan suara, menunjukkan amarahnya pada Budi.
"Aduh..." desis Budi begitu perlahan. Tubuh belakangnya masih berbisa. Mana tidaknya, secara tiba-tiba saja dia di serang daripada arah belakang.
Anggun telan air liur. Lambat-lambat gadis ini letakkan semula kuih keria itu ke dalam mangkuk. Mujurlah Anggun belum gigit lagi kuih keria tersebut.
"Ambil saja Anggun. Bonda tahu Anggun belum rasa. Ini, budak ni." Tengku Teja cubit pula lengan sasa Budi.
"Arkh! Bonda!" tubuh Budi mula merasakan sakit dek cubikan tersebut. Tak tenang deria Budi sekarang. Sakit belakang masih berbisa, di campur pula dengan cubitan semut Tengku Teja.
"Bonda letak dalam mangkuk ni tadi banyak ya Budi. Semua Budi makan, kan?" Tengku Teja berhenti dari sakiti si anak lelaki. Baru kena sedikit tetapi mengerangnya seolah di tembak tepat ke kaki.
"Sedap sangat, bonda..." Budi beri alasan sambil cebik bibir.
"Tahu sedap tapi ingat orang belakang, tak boleh ke?" Tengku Teja masih memarah. Alisnya berkerut memandang si anak lelaki.
Perlahan-lahan Budi toleh kepala ke belakang, mencari kalau ada orang di sana. Tengku Teja yang perasan akan loyar buruk Budi lantas pulas telinga Budi pula.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romans"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...