Anggun Lilyann dakap tubuh Puan Murni seeratnya. Sekali pandang, seolah Anggun akan pulang ke United Kingdom dan tidak akan kembali ke Malaysia dalam tempoh yang lama. Sedangkan Anggun hanya mahu ke Amerika buat tempah cincin perkahwinan sahaja.
"Anggun pergi sana baik-baik, jangan suka sangat, jangan gembira sangat, nanti menangis. Solat jangan lupa. Update pada kami apa yang Anggun buat, Anggun di mana, dengan siapa. Ingat, awak tu ke sana dengan tunang sendiri, syaitan tu ada aje untuk bisikkan benda tak elok. Jangan langgar had batas sesama lelaki dan perempuan yang bukan muhrim." Panjang lebar Encik Adi menasihat si anak.
Anggun mengangguk berkali-kali, faham benar dengan pesanan itu.
"Mama ada nak tambah apa-apa?" Anggun buka lubang telinga, mahu dengar nasihat daripada ibunya pula.
"Tak ada. Nasihat abah tu dah cukup semuanya." Puan Murni membalas.
"Terbaliklah bah, sepatutnya mak-mak yang banyak cakap, ini bapa-bapa pula yang nasihat panjang berjela," tutur Anggun.
"Abah nasihat sebab abah risau. Anggun ni bukannya betul sangat. Nanti memeningkan Armada saja mahu layan Anggun." Encik Adi berkata tanpa tapis sebarang ayat.
Anggun mencebik.
"Dia yang mahu kahwin dengan Anggun jadi dia kenalah terima semua baik buruk Anggun," lawan si gadis.
"Memanglah dia kena terima tapi adik tu pun, jangan peningkan kepala dia. Tak memasal, rambut gugur satu per satu. Botak pula Raja Muda Melaka tu nanti." Althaf mengusik.
"Jangan doa, jangan doa. Dia dah kacak berambut macam tu. Jangan doa yang bukan-bukan." Anggun letak jari telunjuk di bibir, beri tanda agar Althaf kawal bicaranya.
"Iyalah, bakal menantu mama tu memang kacak pun. Ini Anggun, naik lenguh kaki pemandu yang ambil Anggun ni. Daripada tadi dia berdiri di pintu penumpang, tunggu Anggun masuk ke dalam." Puan Murni menyedarkan Anggun. Rancak benar berbual sehingga lupa kenderaan sudah pun tiba.
"Oh ya la." Anggun lepaskan pelukan pada lengan Puan Murni, pantas kaki menapak ke kenderaan yang sudah elok terparkir.
"Bye bye abah, mama dan abang. See you lagi beberapa hari." Anggun melambai pada keluarganya di hadapan hotel tersebut.
"Masuklah. Pergi shuh shuh." Althaf menghalau.
Anggun jelir lidah pada Althaf sebelum bolos diri sepenuhnya ke dalam perut kereta. Mereka langsung dah tak nampak kelibat Anggun memandangkan tingkap kereta yang membawa Anggun ini begitu gelap.
Buat pertama kalinya, Anggun di bawa oleh pemandu istana. Lain rasanya apabila berada dalam kenderaan yang di pandu oleh pemandu peribadi serta pemandu yang kita kenali.
Anggun tidak di bawa ke istana malah pemandu ini terus memandu sehingga tiba di sebuah lapangan peribadi milik keluarga diraja Melaka.
Pintu Anggun di buka daripada luar sebaik tiba di lapangan. Anggun menapak keluar, telinganya terus diserang oleh bunyi-bunyi yang begitu bingit dan kuat.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...