12

2.4K 153 10
                                    

Sephia Adalyn terus meredah masuk ke dalam ruang bilik Anggun, tiada salam, tiada ketukan mahupun notis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sephia Adalyn terus meredah masuk ke dalam ruang bilik Anggun, tiada salam, tiada ketukan mahupun notis. Mujurlah, Anggun sedang duduk di meja belajar, buatnya Anggun sedang tukar pakaian, tidak ke naya mata si Sephia.

"Selamat pulang ke England sayangku!" Sephia peluk tubuh Anggun daripada belakang, hanya untuk seketika sebelum Sephia hempas tubuh pada katil Anggun.

Anggun buat tidak endah akan sapaan Sephia. Lebih baik Anggun fokus dengan pendaftaran yang dia perlu lakukan sekarang.

"Anggun." Sephia menyeru nama sang sahabat.

Sepi, tiada balasan daripada Anggun.

"Anggun Lilyann." Sephia memanggil buat kali kedua.

"Anggun... ala Anggun, janganlah buat aku macam ni." Sephia merangkak, duduk di birai katil yang paling hampir dengan meja belajar Anggun.

"Kau buat aku boleh, aku balas semula, tak boleh?" Anggun balas bersama suara yang tidak berminat. Perhatian Anggun masih kekal pada skrin komputer riba miliknya.

"Ala... aku bukan sengaja. Serius, masa tu aku senggugut." Sephia mengulang alasan yang sama dia beritahu pada Anggun sewaktu hari perjumpaan itu.

Anggun toleh kepala, mengerling Sephia dengan begitu tajam. Lama kelamaan, kecut juga perut Sephia apabila terima tatapan singa Anggun.

"O-okay... aku tipu, aku tak senggugut. Aku saja reka alasan sebab mahu kau ambil masa bersama dengan keluarga Armada." Sephia akhirnya berlaku jujur.

Anggun pasti sudah tahu Sephia menipu kerana itu Anggun jeling Sephia dengan tajam. Takkanlah Anggun mahu marah tanpa sebab.

"Janji nak teman tapi biarkan aku sorang-sorang dengan keluarga Sultan. Kau punya otak ni memang nak kena repair agaknya. Cuba kalau aku bawa kau pergi jumpa keluarga diraja Brunei sorang-sorang, kecut tak perut?" kening Anggun agak berkerut memandang Sephia yang sedang menunduk kepala.

Sephia telan air liur. Harapnya Sephia takkan pernah lalui perkara begitu. Memang salah Sephia, tak sepatutnya Sephia biarkan Anggun berseorangan dengan keluarga Armada. Sephia cuma mahu Anggun lebih rapat dengan keluarga Armada saja, tak ada niat mahu menyusahkan Anggun.

"Sorry... Anggun," ucap Sephia perlahan.

Dengar begitu saja sudah mampu buat Anggun rasa serba salah kerana memarah Sephia. Hati Anggun ini cepat saja terusik apabila bab kasihankan orang.

"Takpalah, benda pun dah lepas. Aku tak sepatutnya mengungkit. Aku maafkan kau." Anggun usap sekali dua peha Sephia, mahu pujuk gadis berketurunan diraja ini.

Sephia panggung sedikit kepala, mahu lihat raut wajah Anggun. Ketika pastikan Anggun tidak lagi besarkan amarahnya, Sephia lantas ukir senyum lebar.

"Kau dah tak marah aku?" Sephia bertanya dengan sengihan lebarnya.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now