[BELUM REVISI]
Tengku Sakti Armada masuk ke dalam ruangan bilik bersama penyangkut baju yang memegang baju menunggang khas buat Anggun Lilyann.
Baju ini di tempah terus daripada syarikat Polo, khas di cetak beberapa helai demi keselesaan Anggun dan menampakkan keistimewaan buat sang wanita sepanjang menunggang kuda.
"Love." Kaki Armada tidak berhenti dan segera menuju ke bilik pakaian.
"Ini, baju menunggang love." Armada tunjukkan baju tersebut pada Anggun yang sedang duduk di kerusi solek.
Anggun toleh kepala. Serentak itu, rahang Anggun jatuh sedikit memandang baju yang sudah lama dinantikan oleh Anggun sendiri.
"Cantiknya?!" Anggun terus bangkit daripada duduk, dekati baju tersebut bersama perasaan teruja.
"Warna krim, warna kegemaran Anggun. Kemudian di hujung lengan kiri dan kanan ada nama Anggun, di sulam khas. Kecil saja namanya tapi tetap boleh nampak dari jarak yang jauh." Armada tunjukkan sulaman nama Anggun pada lengan baju tersebut.
"Che Puan Anggun Lilyann." Anggun baca nama yang di sulam menggunakan benang bewarna coklat.
"Cantiknya..." Anggun mencebik, menatap baju menunggang ini dengan mata yang bersinar.
"Ada empat pasang baju menunggang untuk sayang. Abang harap cukup. Baju ni lengan pendek, jadi sayang perlu pakai inner di dalam." Armada beri baju itu pada Anggun kerana Anggun perlu tukar pakaiannya sekarang. Pukul 8:45 minit pagi nanti Anggun ada kelas menunggang pertama.
"Okay. Abang keluar dulu, Lily nak tukar baju." Anggun peluk baju itu, memandang Armada bersama raut bersahaja.
"Keluar? Abang kena keluar?" Armada tuding jari pada diri sendiri. Kening Armada sudah mulai berkerut, pelik apabila di suruh keluar kerana Anggun mahu tukar pakaian semata.
Anggun terdiam. Mata Anggun terkebil-kebil buat sekali dua sebelum Anggun sedar akan silapnya.
"Tak apa, abang tak perlu keluar." Anggun terus perbaiki kesalahan sendiri.
Perkara itu buat Armada carik senyum sehingga ke telinga. Kedua belah tangan Armada sudah naik bersilang ke dada. Kepala terlentok sedikit merenung ke arah Anggun.
Tanpa sebarang bunyi dan suara, Anggun buka langkah kaki menuju terus ke bilik air. Armada hanya pandang bersama perasaan tidak percaya.
"Hey, Lily." Armada memanggil, geram dengan sikap mengusik Anggun yang semakin menjadi-jadi.
Anggun toleh kepala sebelum jelir lidah pada Armada. Gatal sangat padahal hari sudah siang. Terimalah akibatnya. Kalau Armada tak mahu keluar, biar Anggun yang masuk ke bilik air.
Pintu bilik air lekas di kunci. Armada tersenyum tidak percaya. Dinding mulutnya di tolak menggunakan lidah. Tak apa, Anggun menang kali ini. Esok hari belum tentu Armada akan biarkan.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Lãng mạn"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...