Bunyi pintu apartmen yang terbuka membawa Sephia panjangkan tengkuk, mahu lihat sama ada Anggun sudah pulang atau Sephia hanya dengar bunyi semata-mata.
"Assalamualaikum," sayup suara Anggun memberi salam.
"Waalaikumussalam." Sephia menjawab, seronok Sephia apabila sedar Anggun akhirnya pulang ke rumah selepas tiga hari betapa di hospital.
Anggun lintas ruang tamu rumah untuk masuk ke dalam bilik tidurnya. Anggun buat keputusan untuk berhenti seketika, mahu jeling wajah Sephia.
Sephia yang sedar akan perkara itu terus pandang sekitarnya. Mana ada sesiapa di dalam rumah ini selain Anggun dan Sephia, maknanya Anggun sedang cerlung ke arah Sephia.
"Aku... ada buat salah lagi ke?" Sephia bertanya, agak terkial-kial.
"Kau!" Anggun meninggi suara, membuatkan Sephia terenjut tubuh.
"Ke-kenapa? Apa salah aku?" Sephia buat raut kasihan, tiba-tiba saja dia kena marah.
"Tak ada orang lain lagi, kau yang beritahu Armada tentang hospital tempat aku kerja kan?" Anggun tuding jari pada Sephia, mata dipincingkan agar dapat tenung Sephia dengan lebih tajam.
Sephia telan air liur.
"Aku cuma mahu rapatkan ukhuwah." Sephia beri alasan.
"Banyaklah ukhuwah kau!" tempik Anggun.
Anggun sudah agak, pasti Sephia yang bocorkan tempat kerja Anggun pada Armada. Takkanlah Armada boleh tahu begitu saja jika tiada yang memberitahu.
"Armada dah jumpa kau ke? Cepat gila. Dia baru tanya tentang tempat kerja kau beberapa hari lepas." Sephia duduk tegak, sibuk mahu mengorek rahsia Armada serta Anggun ini.
"Tak payah sibuk." Anggun guling mata ke atas sebelum sambung berjalan untuk ke bilik.
"Eh Anggun!" Sephia bangun, tutup televisyen yang terbuka sebelum membuntuti Anggun.
"Aku nak menyibuk juga. Hidup kau kan, hidup aku juga. Kita adalah soulmate." Sephia menyelit masuk ke dalam bilik Anggun saat Anggun mahu tutup pintu.
"Kau tak nampak ke aku ni dah macam mayat hidup? Aku nak tidur je sekarang." Anggun sudah tiada tenaga. Anggun cuma mahu lelapkan mata dan rehat sepuasnya sebelum Anggun perlu ke hospital semula pada malam nanti.
"Ala sekejap je. Kau mayat hidup yang paling cantik! Sekejap je... ceritalah pada aku, Armada dah jumpa kau ke?" Sephia kekal berdiri di tempatnya, menanti bicara balas daripada Anggun.
Anggun hela nafas kecil.
"Sudah, semalam." Anggun menjawab ringkas.
Ternganga Sephia dibuatnya. Wanita itu tekup mulut, tidak percaya yang Armada cari Anggun buat kali kedua.
"Terkejut aku waktu dia beritahu dia ada di hospital aku semalam. Dengan muka selekeh aku ni, aku pergi jumpa dia." Anggun labuh duduk di kerusi belajar sendiri.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...