05

2.4K 157 6
                                    

Tengku Sakti Armada masuk ke dalam istana dengan begitu tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada masuk ke dalam istana dengan begitu tenang. Dada jejaka ini mungkin turun dan naik dengan agak laju tetapi Armada masih mampu untuk kawal pernafasannya.

Armada berjalan terus sehingga masuk ke sebuah ruang tamu kecil dalam istana ini yang menjadi tempat keluarga kecil Armada sering berkumpul. Kelihatan Tengku Teja sedang duduk senang di sofa berbingkai satu sambil baca majalahnya.

"Armada, dah balik?" Tengku Teja tutup majalah sebaik sedar Armada masuk ke ruang tamu istana.

Armada hanya mengangguk, lalu ambil tempat di tempat yang agak sejuk. Armada mahu dinginkan tubuh sebelum bersihkan diri.

"Jauh Armada jogging kalini. Basah lencun baju kamu," komen Tengku Teja.

"Ada dalam...tujuh kilometer," ujar Armada tanpa sebarang masalah.

"Tambah lagi dua kilometer. Rasanya minggu lepas, Armada jogging sejauh lima kilometer je kan?" Tengku Teja tampak gembira buat anak sulungnya.

Armada menjawab bersama anggukan kepala. Saat itu juga, Armada perasan akan kelibat Budi dan juga Bima yang baru saja masuk ke dalam ruang tamu.

Tengku Teja alihkan pandangan, mahu lihat tempat yang di tenung oleh Armada. Betapa terkejutnya wanita berusia ini saat lihat Budi bersama Bima masuk ke dalam ruang tamu bersama kaki yang begitu longlai.

"Bonda... ya Allah bonda... Budi tak sangka akan jumpa bonda lagi." Budi jatuh terduduk di atas kepala lutut.

"Kenapa ni, Budi?" soal Tengku Teja bersama tanda tanya yang menebal.

"Semua salah... anak sulung bonda tu. Budi dah kata, berhenti, berhenti, dia tak mahu berhenti bonda. Armada terus lari ke depan. Jadi untuk jaga air muka Budi di depan rakyat yang melihat, Budi lari je la, ikut Armada. Sekarang Budi rasa, Budi dah tak boleh bernafas." Budi terus terbaring di pintu masuk ruang tamu.

"Bima tak rasa kaki Bima, bonda... Bima rasa kaki Bima dah tercabut dekat depan Petronas tadi bonda." Giliran Bima pula mengadu pada Tengku Teja sambil pukul kedua belah kakinya yang terasa kebas.

Tengku Teja menggeleng.

"Awak berdua kan baru harini mula berlari, awak berdua pergi ikut rentak Armada, kenapa? Armada lari sampai tujuh kilometer, awak berlari sekitar istana je sudahlah, baru nak mula." Tengku Teja menasihat.

"TUJUH KILOMETER?!" Budi dan Bima menempik serentak.

"Kita lari tujuh kilometer tadi..." Budi goncang kedua belah bahu Bima.

Bima sudah seperti mayat hidup, dibiarkan saja Budi goncang tubuh Bima seperti anak patung. Bima betul-betul tak rasa kakinya sekarang. Tak percaya... dia redah tujuh kilometer dengan kaki sendiri.

Armada lihat drama kedua adik lelakinya. Memang betullah kata si Sephia, mereka berdua belum layak berkahwin. Pengiring Budi dan Bima sendiri pening kepala melayan tingkah kedua jejaka dewasa ini.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now