54

2.7K 203 16
                                    

Riffat Rizqullah tidak lepaskan pandangan mata daripada memerhatikan Anggun yang berjalan tanpa henti sedari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Riffat Rizqullah tidak lepaskan pandangan mata daripada memerhatikan Anggun yang berjalan tanpa henti sedari tadi. Di saat Armada sedang sibuk menguruskan pendaftaran kendiri di mesin, Anggun sibuk melilau ke sana dan ke mari. Siapa lagi yang awasi wanita itu jika bukan para pengawal.

'Tak penat ke Anggun? Daripada tadi awak berjalan tanpa sudah.' Riffat bermonolog dalam hati.

Saat terucap sahaja ayat itu dalam hati Riffat, Anggun segera berhenti sambil melihat ke arah kedai runcit berdekatan mereka. Mata Anggun berkelip sekali dua sebelum langkahnya kembali terhayun.

Anggun dekati Armada yang sedang berusaha untuk daftar masuk buat mereka. Segala rujukan tempahan sudah dimasukkan dalam mesin tersebut. Tinggal di proses dan menunggu sehingga mesin ini cetak tag beg mereka serta tiket kapal terbang.

Zaman sudah maju... semua benda perlu lakukan sendiri. Armada gemarlah perkara ini tapi Anggun pula tidak suka. Pada Anggun, ia agak menyusahkan apabila perlu lakukan sendiri, belum lagi saat terfikir ada ramai orang beratur dibelakang, menanti Anggun selesai. Tak tenang Anggun mahu lakukan pendaftaran.

Erman dan Khair yang berada di situ hanya jadi pemerhati. Riffat serta Faeez juga sama-sama melihat ke arah Anggun. Mereka ingatkan, Anggun mahu bantu Armada atau lihat apa yang Armada sedang buat, rupanya Anggun ada rancangan lain.

Sebaik Anggun berdiri berdekatan Armada, Anggun terus keluarkan tangannya, seluk poket seluar Armada untuk dapatkan dompet sang suami. Armada rasa semua itu tetapi Armada buat keputusan untuk biarkan. Isteri sendiri yang ambil, bukannya orang lain.

Senyum lebar Anggun apabila peroleh dompet Armada. Anggun panggung kepala, pandang wajah Armada yang masih khusyuk berurusan dengan mesin canggih hadapan mata.

"Careful, sayang," pesan Armada.

"Okay." Terselit nada teruja dalam suaranya.

Anggun terus beredar daripada situ, mahu masuk ke dalam kedai runcit yang ada. Armada sudah beri lampu hijau, jejaka itu juga tak peduli Anggun ambil dompetnya jadi Anggun akan manfaatkan masa ini sebetulnya.

Mata Kalam terkebil-kebil. Lambat-lambat Kalam menoleh, cari wajah Erman dan Khair. Khair jongket kedua belah kening pada Kalam, menyahut teguran lelaki tersebut.

Anggun ini memang banyak ajar Kalam, Erman dan juga Khair tentang perangai perempuan. Armada pula ajar ketiga mereka macam mana untuk terus sabar.

Agak laju langkah Riffat sekarang apabila jalan Anggun begitu pantas. Dapat masuk kedai runcit sahaja tapi Anggun punya seronok seolah peroleh sesuatu yang mahal.

Masuk saja ke dalam sana, Anggun terus berdiri dihadapan peti aiskrim. Anggun lihat pelbagai jenis aiskrim yang ada sambil berfikir, mana satu yang patut di pilih.

Riffat kekal berdiri di sebelah Anggun. Jarak mereka agak dekat tika ini kerana dalam lapangan terbang, terdapat beribu manusia. Apabila Anggun berada dalam tempat ramai begini, Riffat memang perlu sentiasa dekat dengannya supaya jika apa-apa berlaku, Riffat boleh bertindak dengan pantas.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now