56

3K 202 23
                                    

Tengku Sakti Armada buka satu butang pada kolar kemeja yang di pakai sebelum buka sebuah lagi butang dibawahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada buka satu butang pada kolar kemeja yang di pakai sebelum buka sebuah lagi butang dibawahnya. Lelaki ini kemaskan sedikit baju itu agar tidak begitu memperlihatkan dada.

"Love. How?" Armada menghadap Anggun yang betul-betul sedang berdiri di sebelah Armada.

"Sekejap." Anggun beri fokus pada tudungnya terlebih dahulu membuatkan Armada setia menanti. Kedua belah tangan Armada dimasukkan ke dalam poket seluar seraya pandang muka serius Anggun.

"Abang rasa abang dah jatuh cinta pada sayang buat kali keseratus harini." Armada tiba-tiba keluarkan bicara manis, tak mahu Anggun terus senyap begini.

"Kali keseratus je? Tak cukup." Anggun menjawab dengan laju.

Armada tertawa kecil, tak sangka itu yang Anggun akan balas. Ingatkan Anggun mahu terharu saat Armada beri ayat-ayat manis begitu.

"Mana?" Anggun akhirnya selesai dengan gaya tudugnya. Kini Anggun berdiri menghadap Armada, mahu teliti pakaian sang suami untuk petang ini.

Anggun mencebik sebelum angguk perlahan-lahan. Boleh tahan juga kekacakan Armada selepas kahwin ni. Makin hari, makin terserlah tampannya.

"Lily lebih suka abang gayakan rambut macam ni. Tak terlalu rapi dan tak terlalu serabai. Just nice." Anggun memuji sekali gus memberitahu apa yang Anggun suka pada diri Armada sekarang.

"Waktu tiada majlis rasmi, bolehlah abang gayakan macam ni. Thank you for telling me. Now, I know what you like and what you don't." Armada capai dompet di atas meja solek sebelum selit dalam kocek seluar.

"Abang, Lily tak mahu bawa beg tau." Anggun beritahu siap-siap. Memandangkan mereka hanya akan berjalan di sekitar pantai, jadi tak perlulah Anggun heret beg ke sana dan ke mari. Bukannya Anggun mahu bawa apa-apa.

"Give me your phone." Armada hulur tangan pada Anggun, ingin simpankan telefon pintar itu buat isterinya. Takdalah susah Anggun hendak pegang sepanjang waktu.

"And your wallet too, love." Armada meminta benda lain apabila Anggun hulurkan telefon semata-mata.

Anggun letakkan pemegang kad di atas tangan sang suami membuatkan kening Armada berkerut sedikit. Armada panggung kepala memandang Anggun, tidak percaya.

"Dalam card holder Lily memang cuma ada IC saja ke?" tanya Armada kerana lelaki itu tidak nampak apa-apa diselitkan pada pemegang kad selain kad identiti Anggun.

"Ya. Kenapa kena bawa kad bank kalau bank Lily ada di sebelah Lily sepanjang masa?" Anggun pegang lengan suaminya membuatkan Armada tahan bibir daripada koyak senyum.

Selamba betul wajah Anggun ketika sebutkan ayat tersebut. Lambat-lambat, Armada mengangguk. Barangan Anggun ini diletakkan dalam poket kosong seluar sebelum Armada peluk bahu sang isteri.

"You are right, love." Armada bersetuju dengan kata Anggun sebentar tadi. Berbesar hati Armada ingin terus menjadi bank bergerak buat Anggun.

"Lily tahu Lily betul. Lily mana pernah salah." Anggun mendabik dada, bangga apabila Armada bersetuju dengan fakta Anggun.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now