04

2.4K 158 9
                                    

"Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum." Sephia Adalyn masuk ke dalam apartmen sewanya bersama ucapan salam.

Perkara pertama yang Sephia nampak adalah susuk Anggun yang sedang daratkan kepala di atas meja makan mereka. Sephia dekati Anggun, lihat segala timbunan kertas yang berterabur di atas permukaan meja.

"Anggun... are you... okay?" Sephia bertanya dengan penuh hati-hati.

"Aku tengah menghafal," jawab Anggun bersama mata yang tidak berkelip.

Sephia mengangguk sekali dua. Faham dan cukup jelas. Jadi tak perlulah Sephia bertanya lanjut. Pasti Anggun sedang berperang dengan otak sendiri untuk kertas peperiksaan terakhir pada esok hari.

Dalam kesunyian, kedua wanita ini dikejutkan oleh deringan telefon Anggun. Anggun duduk tegak, angkat segala kertas-kertas putih yang mememuhi meja.

Sephia turut sama menolong untuk cari telefon Anggun. Entah ke mana alat peranti itu hilang di balik kertas-kertas ini semua.

"Ini ini." Sephia terus hulurkan telefon Anggun sebaik jumpa telefon itu di hujung meja.

Anggun lihat nama kontak si pemanggil. Refleks, Anggun mencebik sebaik lihat nombor Althaf di skrin. Tak tunggu lama, Anggun segera tekan ikon bewarna hijau.

"Abang..." seru Anggun bersama suara penuh siksa.

Sephia tersenyum kecil. Wanita ini buat keputusan untuk kemas sedikit ruang meja makan mereka ini agar Anggun tidak begitu serabut. Peperiksaan Sephia sudah selesai cuma menanti Anggun tamatkan periksanya saja.

"Ya, adik. Adik okay ke? Seraknya suara." Althaf bertanya akan keadaan Anggun terlebih dahulu.

"Adik rasa otak adik dah kena makan dengan bangau yang adik jumpa dekat universiti pagi tadi," adu Anggun.

"Ha?" berkerut kening Althaf dengar cerita Anggun.

"Pagi tadi, ada bangau dia curi sandwich adik. Adik tak sempat makan, bangau tu dah datang curi. Adik ingat kami kawan! Rupanya dia kawan dengan adik untuk curi sandwich tuna adik je..." nak menangis rasanya bila teringat balik kisah pagi tadi. Sudahlah Anggun sedang kelaparan waktu itu.

"Berapa harga sandwich tu? Abang ganti balik." Althaf cuba untuk memujuk.

"£100"

"Amboi!" Althaf tersengih sendiri sebaik dengar kata balas Anggun.

Usah kata Althaf, Sephia yang mendengar turut buahkan tawa kecil. Ambil kesempatan betul si Anggun ni.

"Penjual tu kata, tuna dah naik harga," kata Anggun, perlahan.

"Nanti abang bank in pada adik." Althaf geleng kepala.

Refleks, Anggun tersenyum manis. Suka apabila permintaannya di wujudkan oleh Althaf.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now