Ketukan pintu yang kedengaran mengerutkan kening Anggun. Anggun baru saja selesai tunaikan solat subuh, jam juga baru menunjukkan pukul 6:30 pagi, siapa pula yang berdiri di depan bilik Anggun seawal pagi ini?
Anggun bangun daripada sejadah. Pantas tangan Anggun melipat sejadah itu terlebih dahulu sebelum bergerak ke pintu bersama telekung yang masih belum di buka.
Wajah Armada langsung memenuhi kornea mata Anggun sebaik pintu di buka. Terkejut juga Anggun lihat susuk Armada sudah segak berdiri di pintu bilik.
"Kenapa Sakti?" Anggun bertanya. Takkanlah mereka perlu turun sekarang? Orang yang perlu tukar dekorasi pun silap hari bulan baru bangun tidur.
"Mahu ambil angin di luar?" Armada mengajak.
Armada sebenarnya sedang cari alasan, bagaimana hendak bertemu sang isteri. Wujudlah ajakan ini. Armada masih tidak puas hati tentang malam tadi. Sepatutnya Armada boleh tidur lena bersama Anggun di sebelah tetapi lain pula jadinya.
"Boleh. Sekejap ya." Anggun tutup semula pintu bilik. Mujurlah sebelum solat tadi Anggun sudah pun mandi.
Anggun mahu segarkan diri, itulah sebabnya Anggun mandi seawal pagi kerana Anggun tak berniat untuk sambung tidur selepas subuh. Risau tidak bangun pula. Lagipun tidak manis pengantin turun lambat.
Anggun buka telekung, simpan sebaiknya. Katil Anggun yang digunakan malam tadi di kemas terlebih dahulu. Tudung sarung kemudian di bawa keluar daripada beg bagasi Anggun.
Anggun tidak lupa untuk sapukan pelembap bibir sebelum keluar daripada bilik. Armada tersenyum senang saat kelibat Anggun kelihatan sekali lagi.
"Mahu jalan ke mana?" Anggun menyoal sambil berjalan seiring dengan Armada, tuju ke tangga ruangan.
"Lily rajin mahu berjalan sehingga ke rumah Sakti?" Armada bertanya terlebih dahulu, kot la isterinya tak boleh jalan jauh.
"Takda masalah. Berlari pun boleh." Anggun memdabik dada, bangga dengan kebolehan sendiri.
"Lily boleh berlari? Maksud Sakti, lari yang agak jauh." Armada mahu tahu.
"Boleh. Dulu waktu abang Althaf sibuk bina badan, berlari pagi dan petang untuk fit kan badan sebelum masuk askar, Anggun la yang teman. Sekali lari, saya boleh dapat dalam empat kilometer paling jauh." Anggun bercerita.
Di United Kingdom dulu pun Anggun sering berlari di taman berdekatan apartmen mereka. Itu saja senaman yang Anggun boleh lakukan hampir setiap hari, mahu biasakan tubuh dengan kepenatan agar tak mengeluh saat bekerja di hospital nanti.
"Impressive." Armada mengangguk lambat-lambat.
"Kenapa? Sakti ingat saya tak produktif ke? Kalau tak produktif, tak boleh jadi doktor. Nanti hospital keluarkan kod biru, saya baru lari sikit, dah pancit. Bahaya. Kesian pesakit," tutur Anggun.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...