Tengku Budi Adiwarna berjalan dengan malas, menuju ke ruang santapan. Tidak berhenti Budi menguap sejak keluar daripada bilik sebentar tadi. Letihnya Budi tidak terkata.
"Budi? Awalnya bangun." Tengku Teja menegur sang anak. Tak sangka yang Budi akan bangun awal pagi hari ini. Maklumlah, mereka sekeluarga sudah bangun awal dan tidur lewat sepanjang majlis Armada.
"Dunia... memaksa." Budi menjawab selamba seraya lihat meja makan mereka.
Hanya ada Tengku Panji, Tengku Teja dan juga Bima. Armada dan Anggun di mana?
"Pengantin barunya mana?" Budi menyoal. Hilang terus kantuk Budi, segar bugar mata sang jejaka tika ini.
"Armada dan Anggun masih tidurlah tu. Biarkan, mereka pasti penat." Tengku Panji menjawab.
"Ai... Budi pun penat juga tapi mampu je bangun awal." Budi membalas agak tidak puas hati. Mana boleh begini. Budi bangun awal maknanya mereka berdua juga perlu bangun awal.
"Budi penat lima hari ni je. Mereka berdua penat sejak enam bulan lepas. Lagi-lagi Anggun tu. Biarlah mereka rehat." Tengku Teja tuangkan air buat Budi.
"Ish ish ish..." Budi geleng kepala.
"Selamat pagi pakngah, makngah." Suara Sephia tiba-tiba kedengaran, membawa Budi panggung kepala bersama kerutan kening.
"Selamat pagi Sephia. Sarapan," ajak Tengku Panji.
"Lena tidur malam tadi?" Tengku Teja bertanya pada Sephia.
Sephia mengangguk.
"Sangat. Rasa macam tak nak bangun," kata Sephia dalam senyuman.
"Engkau buat apa dekat sini? Majlis dah habis. Sila balik. Tugas pengapit kau dah selesai." Begitu saja Budi menghalau Sephia.
"Budi." Tengku Teja dan Tengku Panji menegur anak teruna mereka secara serentak.
"Betullah? Shuh shuh..." Tengku Budi buat isyarat tangan, menghalau gadis itu daripada sini.
"Sukahati aku la mahu tidur di sini sampai esok sekali pun. Menyusahkan kau ke?" Sephia membalas. Kecil besar kecil besar saja Sephia lihat si Budi ni.
"Sangat susah. Aku benci tengok muka kau ni. Dah la support maksiat halalan toyyiban." Budi tak mahu kalah.
"Biarlah?! Sekurangnya aku tak lari keluar tingkap." Mata Sephia terjegil memandang Budi.
Bima ketap bibir, elak dirinya daripada hemburkan tawa.
"Hidup aku, ikut suka hati mak ayah aku la aku nak lari sekalipun." Budi masih tidak puas hati. Kenapa Sephia ni tak mahu mengalah?
"Pakngah dengan makngah sendiri pun pening kepala tau, kau asik bawa perangai spiderman kau ke sini." Sephia tarik kerusi di sebelah Bima, mahu labuh duduk di situ.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...