Special Chapter I : Deeptalk

4.2K 256 18
                                        

SOLAT Isyaknya yang baru selesai disempurnakan diakhiri dengan doa pendek sebelum tangan diraup ke seluruh muka. Tidak menunggu lama, Ray bangkit dari duduknya bersama sejadah di tangan. Dibawa ke arah rak lalu digantung di atasnya. Songkok turut sama dicabut dan diletakkan di tempat yang sama.

Palingkan semula tubuh, Ray kembali ke meja kerjanya. iMac yang masih terpasang dimatikan lalu segala kertas kerja disusun kembali di tempat asal. Mata sempat melirik ke arah jam di atas meja.

9:00 PM.

Nampaknya sudah dua jam di bertapa di sini selepas selesai solat Maghrib bersama Alice tadi. Almaklumlah, dia terlalu sibuk akhir-akhir ini dengan projek baru yang diterimanya. Makanya dia kekal bertapa di sini untuk menyiapkan kerja. Manakala Alice pula berada di bilik tidur mereka. Katanya ada assignment yang perlu disiapkan.

Tetapi rasanya sudah hampir dua jam ini, tak ada pula Alice datang mencari dia. Selalunya kalau dia sedang buat kerja, isterinya itu rajinlah juga datang mengacau. Namun tidak hari ini. Malahan dia rasa rumah mereka sunyi-sepi sahaja selepas mereka berpisah untuk sementara tadi.

Tertanya-tanya pula dia apa yang Alice sedang lakukan sekarang. Sibuk sangat ke isteri dia sampaikan kekal senyap sehingga sekarang?

Tidak betah terus tertanya, Ray terus sahaja meninggalkan bilik kerjanya. Telefon bimbitnya dicapai bersama sebelum bilik tidur mereka pula dituju.

Bilik yang tidak separuh bertutup itu ditolaknya perlahan. Risau menganggu fokus Alice pula. Namun apabila anak matanya dapat menangkap susuk tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas meja belajar, Ray cuma gelengkan kepalanya.

Rapatkan kembali pintu bilik mereka, perlahan-lahan Ray menghampiri meja belajar isterinya. Tubuh Alice yang masih nyenyak tidur dipandang dengan senyuman.

Patutlah senyap semacam. Dah selamat tertidur rupanya!

Angkat kepala, meja belajar Alice yang agak bersepah diliarkan pandangan. Dengan laptop yang masih terpasang tentang research history, pen berwarna-warni yang berterabur di merata-rata tempat serta beberapa kertas yang nampaknya sudah selamat menjadi Alice meletakkan kepalanya. Nampaklah yang isterinya benar-benar tertidur sambil
melakukan assignment.

Tidak lagi mengendahkan meja belajar Alice, wajah isterinya kembali menjadi tatapan mata. Tubuh ditundukkan sedikit bagi menyamai kedudukan mereka. Ditenung wajah yang nyenyak tidurnya akibat kepenatan itu agak lama. Bibir tersenyum kecil. Mesti Alice masih tak sedar dia tertidur di meja yang tak selesa ini.

Sambil kekal merenung, Ray sempat selitkan rambut isterinya yang terjatuh ke celah telinga. Diusap-usap juga pipi Alice penuh kelembutan. Melihat Alice tidur ialah perkara yang tidak akan pernah membosankan dia. Wajah lembut isterinya inilah yang buat dia jatuh cinta buat kali pertama suatu ketika dulu.

Pasti Alice tertidur kerana terlampau penat ni. Almaklumlah, kandungan Alice masih di awal trimester. Dan rasanya sejak mengandung ini, Alice menjadi cepat penat. Tetapi untungnya dia kerana mempunyai isteri yang tidak bersikap mengada-ngada.

Isterinya terlalu pandai berdikari sehingga kadang-kadang dia pula yang menjadi marah apabila Alice selalu mengaku bahawa isterinya itu baik-baik sahaja. Walhal dia tahu Alice juga penat dan memerlukan dia di sisi.

"Kesian isteri abang. Dengan nak study lagi. Nak bawa anak kita lagi. Nak jaga abang lagi." Lembut dia berbisik. Tangan masih tidak berhenti mengusap pipi isterinya.

Agaknya kerana terkesan akan usapan Ray itu, tubuh Alice bergerak sedikit. Agaknya mahu menyelesakan tidurnya yang sedia tidak selesa. Dan akhirnya Alice kembali sandarkan kepala di atas meja.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang