Special Chapter II : What If...

3.8K 244 29
                                        

MEMANDANGKAN malam itu malam minggu, Alice mengajak Ray untuk meluangkan lebih masa dengannya. Fikir Ray, Alice ingin mengajak dia kemana-mana. Rupa-rupanya Alice cuma mahu mereka menonton movie bersama.

Projector dipasang dengan saiz paling maksima beserta HD. Lampu bilik pula sengaja dimalapkan agar tidak menganggu tontonan mereka bersama nanti. Beberapa bantal lebihan turut diambil dari bilik sebelah untuk mereka bersantai.

Berbaring bersama di atas katil, Ray tongkatkan lengannya ke kepala. Manakala Alice pula berbaring di atas bantal, tetapi rapat ke tubuh Ray. Tangan memegang remote, menaip tajuk movie yang ingin ditonton malam ini. Dia dah pilih siap-siap dah movienya!

Ray sekadar menjadi pemerhati. Diperhati tingkah isterinya yang menekan-nekan remote sehinggalah movie yang dicari itu ditemuinya. Butang play laju ditekan Alice penuh teruja.

"Manja pilih cerita apa ni?" Sambil mengusap rambut Alice, Ray bertanya. Risau sekejap lagi dia tengok dia tak faham pula sebelum tahu tentang apa.

Alice angkat wajahnya memandang Ray. "Cerita indo. Orang cakap cerita dia sedih tau, abang!" Beritahu Alice. Dia teruja nak tengok pun sebab dia nak tahu apa yang sedih sangat. Tapi dia taknak tengok seorang diri. Dia kena ajak Ray sedih sekali!

Dahi Ray berkerut. "Kenapa kena tengok cerita sedih? Manja sedih ke?" Pelik nada dia menyoal. Tak pernah-pernah isteri dia nak tengok cerita-cerita sedih. Dia ada buat Alice sedih ke?

"Mana ada Lis sedih. Cuma saja je nak tengok." Alice peluk plushie kegemarannya erat. "Abang okey kan?" Soal dia pada Ray.

"Abang okey je. Abang teman manja tengok cerita manja nak, okey?" Ray ukir senyum buat Alice. Rambut isterinya masih dielusnya perlahan.

Sebenarnya dia bukannya penggemar movie sangat. Tetapi demi Alice, dia akan teman isterinya itu sehingga cerita itu tamat. Jikalau itu boleh gembirakan Alice, apa salahnya kan?

Alice turut tersenyum sambil mengangguk. Mata kembali memandang skrin yang terpasang cerita tersebut.

10 minit pertama, mata Ray masih pada skrin tersebut. Tetapi lama-kelamaan cerita tersebut langsung tidak berjaya menarik minatnya. Tetapi dia tengok Alice begitu khusyuk menonton.

Tidak lagi menonton skrin, fokus Ray sudah beralih pada wajah isterinya. Dimain-main rambut Alice, terkadang itu sengaja dia cuit hidung Alice. Jikalau Alice tersenyum memandang skrin, dia ikut sama tersenyum.

Saat ini Ray rasa macam wajah isteri dia lebih menarik daripada movie di hadapan matanya.

30 minit pertama, movie tersebut dipenuhi dengan keindahan yang mampu buatkan Alice tersenyum tanpa henti. Terkadang jikalau ada sweet scene dimana pasangan tersebut saling berpelukan, Alice turut memeluk Ray.

"Dia peluk suami dia! Lis pun nak peluk suami Lis jugak!" Alice memeluk Ray erat. Ray hanya ketawa. Turut dipeluk isterinya kembali.

Namun apabila movie yang ditayang sudah masuk ke fasa sedih seperti yang diceritakan, air mata Alice mula mengalir lebat. Plushies dibawa ke muka, tidak sanggup melihat aksi dimana si isteri disahkan meninggal dunia.

"Abang.." Tidak mampu menahan tangis, Alice sembamkan wajahnya ke dada Ray. Dinangis semahu-mahunya. Sedihnya!

"Eh, kenapa manja nangis ni?" Kalut Ray bertanya saat mendengar tangisan isterinya. Rambut Alice sempat dielusnya beberapa kali.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang