Kejadian aneh dan menyeramkan ni berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan seperti yang dialami Mohd. Fitri Mohamad dari Kangar, dia akui bukan kejadian pertama di situ..banyak lagi..
Malah dua bulan lalu, seorang wanita tempatan tiba-tiba diserang histeria ketika berada dalam tandas pada satu malam di kawasan R&R itu dan ia disaksikan sendiri oleh seorang tukang masak gerai makan di situ, Habibah Mustafa.
Dia meracau-racau dalam bahasa Indonesia sampai dekat 20 minit.
Bila tengok keadaannya tak berubah, keluarga dia terus bawa pergi dengan kereta.
Fitri mendakwa pernah merakamkan gambar satu lembaga wanita berbaju merah, mendapati suasana di tempat yang menjadi persinggahan pemandu lori itu sangat sunyi.
Mohd. Fitri yang juga seorang guru bahasa Arab di Perlis mendakwa kelibat lembaga berbaju merah itu kelihatan dalam gambar digital yang dirakamkannya di stesen minyak itu pada kira-kira pukul 5.30 pagi.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...