Aku dilahirkan di sebuah negeri di timur semenanjung dan membesar di selatan tanah air. Selama berulang alik dari selatan ke timur selama beberapa tahun tu ada dua kejadian yang aku masih ingat sampai sekarang.
Kami sekeluarga selalunya bertolak pulang ke kampung waktu hampir tengahari dan tiba lewat malam.
Pernah sekali, kami tiba di kawasan kampung aku lebih kurang pukul 1-2 pagi. Kawasan itu hanya dipenuhi hutan dan bekas tapak bendang. Di waktu seperti itu tiada sebuah kereta atau motor pun di belakang, depan atau jalan bertentangan. Hanya kami saja yang melalui jalan tu masa tu. Adik² yang lain dah nyenyak tidur , cuma mak dan aku menemani bapak aku drive bersama lagu dari cd yang terpasang.
Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya bulan dan lampu kereta bapak aku, tiba² mata aku menangkap satu kelibat di hadapan kami.
Seorang pakcik yang aku kira sudah berumur, berbaju lusuh sedang menaiki basikal tua yang aku pun tak tahu ke mana arah tujunya. Sebab jauh lagi nak sampai kawasan rumah² orang !
"Ba, pakcik tu nak pergi mana lah malam² ni kan ?
Nampak ke dia jalan gelap² camni ?" sambil mata aku mengekori kelibat pakcik tu sampai kereta kami melintasinya. Aku perasan, walaupun aku sedang memerhatinya melalui tingkap kereta, sikitpun pakcik tu tak menoleh, dia hanya memandang ke depan sedikit menunduk.Mak aku cuma mendiamkan diri. Bapak aku tiba² membuka mulut setelah kami melintasi pakcik tadi.
"Hish, malam² macamni jangan tegur apa², kalau nampak tu tengok je, diam. Kalau rasa takut, zikir banyak²...kita ni berjalan jauh" tanpa menjawab soalan aku tadi.
Aku menoleh ke belakang untuk melihat pakcik tadi. Ya dia masih ada.
Sekali lagi aku toleh.....
Hilang. Hilang dari pandangan aku, walaupun jarak yang ditinggalkan tidaklah begitu jauh.
Namun begitu, syukur kami selamat sampai ke kampung tanpa sebarang gangguan melampau. Kami anggap kelibat pakcik tu cuma ingin lalu saja tanpa menggangu kami.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...