MAK ZAH, APA ITU???

1.9K 88 2
                                    

Kejadian yang akan anda baca sebentar lagi, dialami sendiri oleh salah seorang sahabat Facebook penulis yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Mak Zah Shiqa. Lokasi kejadian adalah di Yishun, Singapura.

Sekitar Febuari pada 3 tahun yang lepas (2009), Mak Zah serta keluarganya terpaksa mencari sebuah rumah lain untuk disewa kerana ingin melakukan "major renovation" kepada rumah asal mereka. Selepas suaminya berangkat ke tempat kerja, Mak Zah giat mencari rumah sewa di dalam akhbar. Puas mencari rumah sewa di dalam akhbar, Mak Zah beralih pula pada internet dan akhirnya berjaya mendapatkan rumah sewa yang lengkap dengan perkakas rumah asas di daerah Yishun. Mak Zah terus menghubungi nombor ejen yang tertera dan membuat temujanji untuk berjumpa secepat mungkin. Ejen tersebut tiba bersama-sama pemilik rumah yang ingin disewa. Setelah berbincang dan menetapkan harga sewa sebanyak S$1000 untuk 2 minggu, tanpa berlengah lagi, mereka sekeluarga berpindah ke rumah pangsa 3 bilik tersebut pada petang hari yang sama dengan hanya berbekalkan barang-barang keperluan sahaja.

Sewaktu berbual-bual dengan pemilik rumah berkenaan, Mak Zah sempat bertanya, siapakah penyewa sebelum ini? Tuan rumah wanita itu enggan berbicara mengenainya. Sangkaan Mak Zah, mungkin penyewa yang terdahulu ada memberi masalah kepada tuan rumah sehingga dia tidak mahu menceritakan kepada Mak Zah. Mak Zah buang segala prasangka negatif dan mengelakkan dirinya dari membuat sebarang spekulasi sendiri walaupun ketika melangkahkan kaki ke dalam rumah itu, perasaannya menjadi kurang enak. Dia tidak mahu menceritakan perasaannya kepada anak-anak serta ibu mertuanya. Bimbang jika mereka membuat andaian yang bukan-bukan. Tanpa pengetahuan Mak Zah, anak-anaknya juga mengalami perasaan yang sama.

Pada lewat petang, selesai sahaja mereka sekeluarga "pindah masuk", Mak Zah mengeluarkan pakaian-pakaian kotor yang perlu dibasuh dan memasukkannya ke dalam mesin basuh yang tersedia. Suaminya pulang dari kerja tidak lama kemudian dan mereka menikmati makanan malam.

Mak Zah dan suaminya tidur di bilik utama, anak perempuan Mak Zah tidur di bilik sebelah manakala 2 orang anak lelakinya tidur di bilik yang sebuah lagi. Sudah menjadi kelaziman, pintu bilik mereka cuma dirapatkan separuh sahaja ketika tidur.

Malam kedua, Mak Zah terjaga dari tidurnya. Dia merasakan seperti dirinya dikejut orang namun apabila matanya dibuka, tidak ada sesiapa pun yang berada di situ. Yang ada, cuma suaminya yang sedang nyenyak tidur. Mak Zah terpaku. Selang beberapa minit kemudian, dia terdengar derapan kaki berjalan di bahagian dapur. Mak Zah tidak berani hendak melihat siapa yang berada di dapur lalu memujuk perasaannya dengan mengatakan bahawa ianya hanya mainan perasaan. Mak Zah tertidur.

Pagi hari yang ketiga, setelah anak-anaknya ke sekolah dan suaminya ke tempat kerja, Mak Zah terus ke pasar membeli sedikit barang dapur. Tengahari itu, lebih kurang jam 12, Mak Zah bercadang untuk memasak lauk kari ayam dan kemudiannya menanak nasi di atas dapur gas. Mak Zah jarang menggunakan periuk nasi elektronik kerana sudah terbiasa dengan cara masak tradisional. Sambil bertungkus-lumus di dapur, Mak Zah memasang radio kerana ingin menanti laungan azan Zohor.

Ketika Mak Zah memotong bawang dan ayam, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Apabila Mak Zah mengerling ke arah ruang tamu yang semememangnya mudah dilihat dari dapur, dia tenampak beberapa bayang-bayang bergantungan di atas siling rumahnya seperti berlari dan berkejaran antara satu sama lain. Mak Zah endahkan kerana sememangnya mata Mak Zah rabun. Dia meneruskan tugasnya di dapur sehingga kedengaran azan Zohor. Sebelum dia menunaikan solat, dia menanak nasi.

Selesai solat, dia menjengah ke dapur untuk memeriksa nasi yang ditanak. Kecewanya hati Mak Zah kerana nasi yang dimasak menjadi terlalu lembik. "Mungkin banyak sangat air aku letak ni," getus hati Mak Zah. Dia mengambil sejemput nasi tersebut, lalu disuakan kedalam mulutnya. "Eh, mentah? Macamana nasi yang lembik boleh mentah? Aku beli beras pulut ke?" Mak Zah kehairanan. Dia memeriksa beras yang dibelinya sebentar tadi. Memang itulah beras yang selalu dibelinya sejak sekian lama. Dengan berat hati, Mak Zah membuang nasi itu dan menanak nasi yang baru. Kali ini, air disukat dengan teliti supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. Mak Zah sanggup menunggu di dapur sehingga nasi tersebut masak.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now