Aku bangun tidur dengan agak kelam-kabut pada petang itu. Bangun-bangun je aku tengok budak-budak dorm aku semua dah gerak balik kampung. Jai, Man Poei, Azhar dan Faiz Ustad semua dah tak ada. Siut, bukan nak kejutkan aku. Paling-paling pun gegar-gegarkan la katil aku. Mentang-mentanglah minggu depan dah cuti raya, bukan main laju lagi korang balik ya. Aku mengomel sendirian sambil terus mengemas apa yang patut. Beg luggage besar yang aku simpan selama satu sem di bawah katil aku keluarkan balik. Berhabuk dia jangan ceritalah. Tanpa cakap banyak aku terus punggah segala mak nenek baju seluar masuk ke dalam beg luggage tu. Sambil mengemas aku sempat lagi mengomel kerana ditinggalkan bersendirian oleh Jai, Man Poei, Azhar dan Faiz Ustad.
Beg pakaian sudah aku selesaikan. Kebetulan cuti raya ni lama, jadi kenalah bawak baju balik banyak sikit. Manalah tahu kot-kot ada awek-awek kat kampung nak ajak dating ke kan. Aku menjenguk pula ke atas meja study. Aduh, aku lupa assignment pun aku kena bawak balik jugak. Dr. Mariam dah pesan awal-awal tadi, naik je cuti segala assignment mesti dihantar tepat pada masanya. Dia ni tak tau ke cuti raya adalah untuk beraya, bukan untuk buat assignment bagai semua ni. Aku mengemas masuk segala kerja itu ke dalam beg dalam keadaan geram. Tapi geram-geram aku, aku lagi geram dekat mereka berempat. Sampai hati balik tak bagitahu aku. Takpe, tunggu masa korang nanti aku kenakan cukup-cukup.
Ah, membebel banyak pun tak jadi apa. Baik aku mandi dan bersiap, lambat nanti tertinggal bas pula. Tiket aku dah beli ni. Nasib baik aku tak terlajak tidur sampai ke malam, kalau tak memang beraya dalam hostel lah jawabnya. Ini semua salah Jai, Man Poei, Azhar dan Faiz Ustad sebab tak kejutkan aku. Suasana di hostel agak sunyi masa tu, ye lah mungkin ramai yang dah balik kampung. Aku je yang masih tercegat dekat sini. Tuala di penyidai aku capai, aku bukak pintu dorm perlahan-lahan. 'Krekk..'. Aku jenguk ke tingkat tiga, tingkat dua, dan tingkat satu. Rupanya masih ada lagi beberapa pelajar yang belum gerak pulang. Setelah aku kira, lebih kurang dalam 4 dorm yang masih berpenghuni. Ada lah dua tiga orang yang masih berjalan-jalan dan bersidai dekat koridor.
Fairuz Lembut yang tengah bersidai dekat koridor seberang ternampak aku yang kebetulan masa tu sedang bertuala je. Apa lagi, menggedik-gedik lah dia 'suwit-suwit' kat aku. Aku geli-geleman, cepat-cepat aku terus pergi ke bilik air di hujung blok. Dari dulu lagi sebenarnya dia nak try aku. Tapi aku sebagai lelaki yang normal pemikiran dan utuh akidahnya, memang tak lah aku nak layan si dia ni. Mengucap panjang aku tengok ragam si Fairuz Lembut ni. Rasa nak datang dekat lepas tu tampar pipi dia pun ada. Tapi kesian pula. Fairuz pun manusia, bukan dia minta untuk jadi macam tu pun. Lantaklah, yang penting aku kena mandi dan bersiap cepat. Lepas je buka puasa nanti aku kena terus gerak ke stesen bas. Aku dah terbayang-bayang kampung halaman aku yang indah lagi permai.
Masa aku mandi dekat bilik air, aku terdengar ada orang tengah mandi jugak selang dua daripada bilik air aku. Bukan main wangi betul dia punya bau sabun mandi. Aku syak ni mesti budak-budak bilik Fairuz Lembut, yang sangat metroseksual dan sangat mementingkan penjagaan diri atas bawah depan dan belakang. Tu sebab sabun pun wangi lain macam. Dah macam bau kapur barus pun ada. Eh kapur barus? Cepat-cepat aku padamkan perkataan tu dalam kepala aku. Demi menghilangkan kesunyian, aku pun mandi sambil bersiul-siul. Apa yang memeranjatkan aku, orang yang mandi selang dua bilik air dari aku tadi pun turut bersiul. Dia seperti macam nak mengejek aku. Siulannya sama irama dan ritma dengan siulan aku. Bila aku siul sekali, dia pun bersiul sekali. Macam tu lah sampai kali ketiga dan keempat. Aku malas nak layan, dah siap mandi aku terus keluar.
Tapi hati aku terdetik jugak nak tahu siapa yang mandi di bilik air sebelah tadi. Bau wangi memang semerbak, tajam sangat wangi dia. Bunyi air pun masih kedengaran lagi. Aik, lama betul mamat ni mandi? dari masa aku masuk tadi sampai sekarang tak habis-habis lagi. Aku datang perlahan-lahan dekat bilik air dia. Aku pasti dia tak dengar aku datang sebab aku tanggalkan selipar. Aku pasang telinga betul-betul. Apa yang aku dengar masa tu bunyi macam bunyi dengusan dan ketawa halus. Aku jadi seriau, darah aku berderau. Benda-benda macam ni memang buat aku lemah semangat, dalam masa aku nak keluar balik tu, aku perasan mamat atau 'benda' tu matikan air shower dia.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...