Bibirnya mengungkap serakah. Terkumat-kamit, dan terkadang bergetar. Bila tiba masa di jam dinding yang tepat, darah bakal jadi penghidang, seru bakal jadi penyimpang!
...
Kalam. Berjalan dengan lemah. Tidak berdaya. Tiada tenaga. Sudah seharian dia bekerja sebagai kerani sekolah. Bukan tidak mahu balik awal, tetapi dia risau kerjanya akan menggunung lebih banyak esok. Jadi dia lebih rela memperuntukkan masa yang ada untuk kerja. Di rumah perkara yang sudah tentu dia lakukan hanyalah tidur.
Berjalan dalam samar koridor, Kalam menyusuri sebuah makmal anatomi. Kalam terhidu sesuatu. Kemenyan. Bukan setakat kemenyan. Bau bangkai. Busuk sehingga memualkan rongga tekaknya. Kalam berhenti berjalan. Dia ingin melihat keadaan di dalam makmal anatomi tersebut. Bayangan seseorang sedang berjalan ke hulur ke hilir meniti di benak penglihatannya."Siapa tu? Kenapa tak balik lagi?" Tegur Kalam. Tiada sahutan. Kalam malas menunggu lama. Jika orang tersebut tidak mahu bersapa, jadi dia pun tidak heran untuk bersahaja. Kalam memulakan langkah yang termati tadi.
Sreett.. Bunyi pintu dibuka. Kalam pusing ke belakang semula. Dia ingin melihat gerangan si empunya susuk bayang tadi. Seorang wanita keluar dari makmal anatomi. Manis wajahnya. Rambut lepas sehingga paras pinggang. Berbaju kebaya ungu. Di dadanya tertampal tanda nama, Pn. Durra.
"Haih, awak cikgu kat sekolah ni ke? Kenapa macam tak pernah nampak? Buat apa malam-malam tak balik lagi ni. Dekat makmal anatomi pulak tu. Tak takut ke?" Kalam Rajin pula bersapa Salam disitu. Sudah lihat perempuan cantik, takkan nak lepaskan peluang.
"Saya cikgu di sini. Saya datang sebab dipanggil tadi. Kalau tak dipanggil, memang saya takkan datang. Tak suka ganggu tempat orang. Nanti orang marah saya pula yang kene." Terang wanita itu. Dia senyum.
"Tempat orang? Awak kata awak guru di sini. Kenapa cakap tempat orang pulak?" Kalam masih rajin melayan guru muda itu. Wanita itu mematikan senyumannya. Dia merenung dalam anak mata Kalam. Tidak semena-mena wanita itu mengalirkan air matanya.
Kalam terkejut. Dia merapati guru muda itu. Risau pula gadis itu tiba-tiba menangis. "Kenapa ni? Ada orang kacau awak ke?" Tanya Kalam bimbang. Wanita itu menangis dengan lebih lantang.
"Beritahu dia jangan panggil aku lagi. Beritahu dia jangan ganggu aku lagi. Beritahu dia jangan seru aku lagi. Aku tak mahu buat jahat. Beritahu dia aku nak tenang. Beritahu dia jangan seru aku lagi!!" Tangisan yang menjadi-jadi itu menjadi lebih kuat. Tiba-tiba angin kencang bertiup deras, menyebarkan serakah bernoda dosa yang kebal basinya.
Sangka kala sangka maut
Sangka semua engkau dilaut
Ku mohon bangun
Ku mohon bangkit
Ku seru nama mu
Ku seru bangkit mu
Biar hanya roh
Tanpa jasad mu
Akan ku cinta
Akan ku jaga
Sebagai janji kita
Darah sembahan nyawaTamat serapah, hilaian tawa berkumandang. Kuat bunyinya. Diiringi sekali bunyi tangisan.
Kalam diserang panik. Namun dia masih ingin mencari kebenaran. Dia menjengah kan kepalanya ke dalam makmal anatomi. Kosong. Dengan keadaan yang masih ketakutan, Kalam masuk ke dalam makmal anatomi.
Pintu terhempas. Suasana gelap dan sunyi. Jeritan Kalam menghiasi segenap suasana. Pintu kembali terbuka. Seekor lembaga berkebaya ungu berambut separas pinggang merangkak masuk ke dalam makmal anatomi. Lidah yang terjelir-jelir bagai Radar yang mengesan daging. Penghidang yang disediakan dijamah dengan rakusnya.
Satu nyawa terkorban. Seru masih belum tamat. Seorang lelaki berdiri di sebelah wanita berkebaya yang enak melahap hidangan pertamanya. Air mata lelaki itu gugur. Hati mata tak berkecai bila lihat orang tersayang yang dibangkitkan, menjadi lembaga tak berhisab.
.......
Esoknya Sekolah Moden Bestari itu digemparkan dengan penemuaan mayat Kalam. Kerani paling rajin di sekolah. Memang huru Hara lah sekolah gamaknya. Apatah lagi guru-guru yang bekerja di situ. Dan sudah sah-sah lah yang menjadi tertuduh utama adalah Encik Syam ketua makmal anatomi yang memegang kunci utama makmal itu. Orang lain sudah tentu takkan mendiamkan diri. Ada sahaja yang akan membela Encik Syam. Dia seorang yang baik. Tidak mungkin dia yang lakukan.
"Bukan saya yang bunuh dia! Memang saya yang pegang kunci makmal anatomi tu selama ni, tapi minggu lepas saya dah serahkan kunci tu dekat pengetua sebab pengetua nak guna makmal anatomi tu bagi kursus yang dia jalankan sepanjang minggu lepas. Saya tak tipu!! Kalau lah saya yang bunuh dia, memang tak mungkin saya akan diserang panic attacked masa jumpa mayat tu!! Percayalah saya!!" Encik Syam membela diri dengan sehabis mungkin. Tidak mengalah untuk membuat pegawai polis dihadapannya percaya.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
رعبPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...