Kamal baru pulang daripada main futsal. Waktu tu dah pukul 3 pagi. Enjin RXZ nya sudah dimatikan sejak tadi, hanya lajak saja digunakan. Sebaik saja tiba di garaj, Kamal memarkir motornya. Kunci ditarik lalu disimpan ke dalam poket.
Bau bunga cempaka di hadapan rumahnya sungguh harum. Kata orang, cempaka senang memanggil pontianak. Kamal tidak endah semua tu. Dia memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam rumah. Lantas Kamal menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas. Lalu dia ke bilik air untuk mandi.Sedang air berpancuran, Kamal seakan akan dengar bunyi guli berdentingan di atas lantai. 3 kali denting dan senyap. Berulang ulang. Kamal terganggu, namun penatnya lebih dikira. Peluh dibadan harus dibersihkan dulu sebelum tidur. Bunyi dentingan guli kedengaran lagi. Kamal mematikan pili air. Bunyi guli berdenting jelas kedengaran di dalam bilik tidurnya. Perlahan lahan dia menjenguk ke dalam bilik. Tiada apa apa. Biliknya gelap saja.
Setelah usai mandi, lampu bilik tidurnya dinyalakan, Kamal mengenakan pakaian lalu baring di atas katil bersedia untuk tidur. Dia menghadap siling. Sesekali dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Namun susah sekali matanya mahu lelap. Bunyi dentingan guli kedengaran lagi. 3 kali denting lalu berhenti. Kali ini bunyinya datang daripada dalam bilik air.
Kamal jadi tidak sedap hati. Kamal memejamkan mata. Dia mahu cepat cepat tidur. Tapi tidak juga dia tidur. Sedang dia berubah kedudukan mengiring ke kiri, sesuatu berbunyi daripada atas loker. Bunyi keriut. Dia diam saja. Tiba tiba, sesuatu menegur.
"Susah tidur keee?"
Kamal memejamkan matanya kejap kejap. Terasa sesuatu berada di belakangnya. Sesuatu yang dingin menyentuh pinggangnya. Saat itu Kamal tidak tahu mahu membaca apa lagi. Surah dibaca semuanya tunggang langgang. Hanya selawat dibaca dalam hati saja yang mampu.
Lama masa berlalu, keadaan sunyi normal seperti biasa. Kamal sudah tenang sedikit. Cuaknya sudah beransur pergi. Kamal berpaling untuk mengiring ke kanan. Alangkah terjejutnya dia. Di depan matanya, wajah sedang menyeringai berada di situ. Kamal kaku. Kejang seluruh tubuhnya. Suara garau nyaring terkekek ketawa. Lalu benda itu bersuara,
"Belum tidur lagi ya?"
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorreurPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...