Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga... Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah buat arwah... Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.
Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam... Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi... dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah..mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.
Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dlm kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet... Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm... Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa2 berlaku...Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak mcm takut... Aku tanya kenapa? Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dlm keta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang...
So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama.... Then kami teruskan perjalanan ke Penang... start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi... Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn... jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn... Tapi bila terus...still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan...
Tiba-tiba aku rasa semacam jer... Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut... Then aku rasa kereta aku macam berat... aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit... Tapi ini turun bukit gear 4.
Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula... Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku.... Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.
Alhamdulillah, kami dpt kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling... Then takder rasa apa-apa. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....
Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yg dia rasa tadi hilang tiba-tiba... rasa lega.
Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi... itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan... Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku... Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik... Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.
Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer... Kuat juga bini aku. Tahniah!
Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat... Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas... Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan....
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...