Malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja.. Aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika.. Aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu.. Aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.
Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal ku, aku memulakan perjalanan dari Kg. Baru dan memasuki lebuhraya di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di Tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan.. Sampai di Ulu Behrang.. Aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu Behrang. Aku mematikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang.
Semasa aku berhenti.. Aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat² sunyi dan lengang... Kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi lebuhraya mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tangan menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali jalan di sebelah sana menghala ke KL.. Kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus.. Seolah² aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh.
Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk.. Aku campakkan ke jalan.. Aku menoleh ke belakang.. Ketika itu aku seolah² tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tergamam seketika.. Seolah² terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua² telapak tangan.. Ia masih di situ..
Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi lebuhraya itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut.. Yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit² di hadapan ku. AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu2 nisan lama..
Aku tak merasa seram atau takut.. Yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..
Apakah ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat.. Sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dgn batu nisan yang senget² dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ.. Memang aku sedar.. Tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan² berundur ke arah motosikal ku.. Mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasn perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk dan bulu tengkuk ku menegang.. AAghhh.. Tanda ianya bukan realiti.. Aku start moto dan tnapa menoleh lagi.. Aku bergerak.. Sepanajng jalan... Tak putus² soalan demi soalan dalam pikiran aku.
Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa² pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya mengenai kejadian seram yang aku alami.. Dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin.. Aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.
Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa yang aku nampak?? Perkuburan siapa?? Hanya Dia yang lebih mengetahui.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...