Emak dan Abah ke surau , tinggal aku seorang diri di rumah . Akibat lapar yang melampau , memandangkan tiada makanan yang boleh dimakan , aku berjalan seorang diri dalam kepekatan malam ke kedai untuk membeli makanan .
Semasa di simpang 2 , aku terdengar suara perempuan ketawa .
Aku berhenti di tengah jalan , mencari dari mana datangnya bunyi suara tadi .
Kedengaran jelas suara ketawa datangnya dari semak di hadapan kiri aku .
Aku cuba untuk abaikan .
Tapi dalam diam , perasaan takut kembali memenuhi diri .
Mula lah macam macam jenis hantu aku fikir .
Hanya beberapa meter , aku terpandang ke arah semak tadi .
Jelas kelihatan kelibat putih , sedang berjalan dengan lajunya ke arah aku .
Akibat panik yang melampau , aku cuba membuka seribu langkah .
Saat aku baru lari setapak dua ,
" Liaaaaaaaaa !!!!!! "
Nama aku di panggil .
Aku berhenti , perlahan lahan melihat ke belakang .
Terkejut dengan kelibat 2 orang perempuan lengkap dengan telekung putih .
Lega melihat Mak Seha dan Makcik Jenab yang baru pulang dari surau .
Aku menarik nafas panjang .
" Kenapa ? Takut hantu yang tegur ke tadi ? "
Kata Makcik Jenab sambil senyum sinis pada aku ." Iyelah . Ingat hantu muka hodoh tadi , rupanya orang kampung saya ."
Aku balas sambil menghadiahkan senyum kambing ." Mana ada hodoh . Kau tak jumpa lagi , silap hari bulan , lagi cantik dari aku "
Balas Mak Seha selamba .Aku abaikan saja mereka . Sungguh aku masih lagi dalam ketakutkan . Sisa panik masih lagi berbaki dalam diri .
Beberapa meter lagi aku akan sampai ke warung Wak Musa . Mak Seha dan Makcik Jenab sekadar berdiri memerhatikan aku .
" Kenapa berdiri situ je ? Bukan nak ke ..."
Belum sempat aku menghabiskan kata kata ..." Kau pergilah makan . Aku teman kau aje "
Segera Makcik Jenab membalas.Pelik dengan tingkah laku mereka . Tapi perjalanan tetap diteruskan untuk mengisi perut yang lapar .
Sesampai di kedai Wak Musa , aku segera duduk di meja makan .
Manakala Mak Seha dan Makcik Jenab sekadar berdiri memerhatikan aku berjalan ke gerai makan .
Segera aku memanggil Wak Musa mengambil order .
" Kau , datang dengan siapa tu ? "
Wak Musa bertanya sambil melihat ke arah Mak Seha dan Makcik Jenab ." Mak Seha dengan Makcik Jenab lah , Wak Musa . Saya terserempak dengan mereka masa dekat simpang 2 tadi , baru habis dengar ceramah agama kat surau lah tu. "
Panjang lebar penerangan yang aku beri , layankan saja sementara menunggu makanan terhidang ." Alia , cuba kau lihak Mak Seha sama Makcik Jenab tu ."
Wak Musa panggil aku untuk bangun .Aku bangun malas dari kerusi hanya untuk melihat Mak Seha dan Makcik Jenab pulang ke rumah .
" Kau nampak tak , siapa mereka itu ? "
Balas Wak Musa sambil memandang muka aku .Berdiri kaku aku melihat jelmaan yang menyerupai Mak Seha dan Makcik Jenab .
Mereka berjalan ke arah semak tapi kaki mereka tidak jejak tanah.
Aku terkejut .
Mak Seha berpaling ke arah aku .
Matanya jelas kemerahan . Tersenyum sambil darah mengalir keluar dari mulut .
Makcik Jenab turut berpaling , dan melambai lambai tangan ke arah aku seolah olah mereka akan pergi.
Dan aku , serta merta jatuh pengsan di kedai Wak Musa.
Keesokkan pagi nya , aku terjaga dari tidur . Cuba untuk bangun tapi tak terdaya .
Emak datang masuk ke bilik aku .
" Dah pesan anak dara jangan keluar malam , nasib baik 'dia' teman , kalau bawa kau ke alam sana , macam mana ? "
Leter Emak panjang lebar .Aku sekadar mendengar bebelan Emak . Kepala pening tak larat nak bercakap .
" Mak Seha dengan Makcik Jenab kau tu kemalangan langgar lari semalam masa nak ke surau untuk solat Mahgrib berjemaah . Sekarang ada dekat hospital , sedang di rawat . Koma , tak sedarkan diri lagi ."
Terbeliak biji mata aku memandang Emak .
" Dekat simpang 2 tu , sebenarnya laluan makhlus halus lalu . 'Benda' tu suka meneman sesiapa yang lalu di situ . Nasib baik dia temankan aje , kalau diheret sekali pergi ke alam dia ? Lepas ni Alia berhati hatilah . Jangan keluar malam seorang diri lagi . Janji dengan Emak , ye nak ? "
" Alia janji Emak , Alia janji ! "
Aku berjanji pada Emak , sungguh aku terkejut dengan berita yang di terima . Aku doakan Mak Seha dan Makcik Jenab cepat sembuh . Dan aku takkan berjalan malam seorang diri . Janji pada diri sendiri !
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...