Jam menunjukkan pukul 9.00 malam, Johan baru sahaja pulang dari pejabat. Dia tinggal di tingkat 4 di apartment Seroja. Oleh kerana rumahnya agak panas, dia membuka tingkap cermin di biliknya.
Tingkap bilik Johan bertentangan dengan tingkap bilik seorang gadis bernama Amira. Ketika dia menyelak langsir tingkap, dia terlihat ada satu lembaga di balik langsir tingkap cermin bilik Amira. Bilik Amira gelap dan agak sukar untuk Johan memastikan siapakah lembaga itu.
Setelah lama merenung, Johan baru perasan yang lembaga itu adalah Amira. Dia sedang berdiri mengintai Johan sambil tersenyum. Johan agak hairan kerana sebelum ini Amira selalu menghiraukan Johan bila dia cuba mengorat Amira dari cermin tingkap.
Namun kali ini Amira seperti memberi isyarat yang dia mahu Johan datang ke biliknya. Johan menunjukkan isyarat yang dia mahu datang ke sana. Amira hanya tersenyum seolah dia setuju dengan cadangan Johan.
Johan keluar dari rumahnya dan pergi ke rumah Amira. Apabila dia sampai, Johan mengetuk pintu namun tiada siapa yang menyahut. Johan cuba pusingkan tombol pintu dan ianya tidak berkunci. Hati Johan mula berdebar-debar.
Rumah Amira gelap kerana lampu tidak dibuka. Mungkin Amira mahukan suasana yang romantik. Johan berjalan perlahan-lahan menuju bilik Amira. Dia ketuk pintu bilik Amira namun tiada siapa yang menyahut. Johan menolak pintu bilik dan dia melihat Amira sedang membelakanginya.
Oleh kerana gelap, Johan sukar untuk melihat. Dia cuba mencari suis lampu bilik. Dia meraba-raba tangannya ke dinding dan berjaya mencari suis lampu. Johan membuka suis lampu dan bilik menjadi terang.
Alangkah terkejutnya Johan apabila dia melihat Amira berada di depannya. Muka Amira menghadap ke luar tingkap sambil lehernya dijerut oleh tali yang digantung di atas siling. Amira sudah lama membunuh diri dan badannya sudah mengeras.
Apa yang Johan lihat tadi adalah pandangan mata Amira yang sudah tidak bernyawa lagi.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...