Badan cacing yang meliang liuk itu dibenamkan pada hujung mata kail. Setelah semuanya lengkap dan siap sedia, Amin menghayunkan joran buluhnya ke sungai, mata kail berumpan cacing tadi mencecah permukaan air lalu tenggelam. Amin duduk di atas tebing batu sambil berharap moga-moga dapat lah barang seekor dua ikan. Cuti sekolah ni dia gemar menghabiskan masanya dengan meneroka alam semulajadi. Biasanya Amin akan mengayuh basikalnya seorang diri. Amin tak selesa jika beramai-ramai dengan kawan-kawan sekampungnya.
Amin terus mengelamun dan termenung menunggu umpannya dimakan. Tiba-tiba telinganya menangkap suatu bunyi. Bunyi seperti ada orang berjalan di semak seberang sungai sana. Amin bingkas bangun untuk memeriksa. Kelihatan semak dan pokok-pokok renek bergoyang-goyang. Amin tahu jika semak bergoyang-goyang boleh beri tanggapan dan maksud berbeza. Ini apa yang dia curi-curi dengar semasa abang dan kawan-kawannya berborak. Apa yang Amin dengar mereka banyak kali menyebut perkataan 'projek'. Amin tak begitu faham, projek dalam semak apa yang abang dan kawan-kawanya maksudkan?
Amin berjalan ke hadapan sedikit bagi mendapatkan visual yang jelas.
Terkedu dan tergamam Amin di situ, kakinya menggigil. Seumur hidup ini lah kali pertama dia melihat objek dan pelakuan aneh ini. Amin capai basikal dan terus mengayuh laju pulang ke rumah.
...............................................
"Iya bang! Amin nampak benda tu tengah mencangkung, lepas tu kejap-kejap dia berdiri. Lepas tu duduk balik. Benda tu hitam, tinggi, berbulu pulak tu!"
"Kau biar betul Min, banyak benda yang berbulu kat dunia ni tau..Kalau betul apa yang kau nampak tu, abang pun nak tengok. Bukan senang dapat tengok live. hehe.."
"Ya Allah, sumpah bang, rupa dia macam gorilla tapi besar. Mukanya menakutkan! Abang berani ke nak ke sana tengok? Takut abang nanti dimakan dia pulak!"
"Gorila? Oh maksudnya bukan benda tu la eh?"
"Abang maksudkan apa ni? Amin tak tipu, betul Amin nampak makhluk hitam berbulu dekat hutan sana!"
Amin terus cuba menyakinkan abangnya tentang apa yang dia lihat sewaktu sedang memancing petang tadi. Makhluk itu rupanya memang sangat menakutkan, mukanya macam beruk tapi lebih hodoh daripada beruk. Ada sepasang gigi taring tersisip rapi. Tubuhnya berbulu hitam, besar dan tinggi. Jika makhluk itu sedar kehadiran Amin tadi, sudah tentu batang tubuh Amin habis dikokaknya. Abangnya pula seakan-akan tak mempercayai apa yang Amin cuba katakan. Iyalah, Amin baru berusia 9 tahun.
"Kalau abang tak percaya, abang pergilah tengok sendiri dekat tepi sungai sana tu!"
Amin bengang apabila abangnya mempertikaikan apa yang Amin nampak sebentar tadi. Nanti bila makhluk hitam berbulu tu berdiri depan mata abangnya barulah dia tahu langit itu tinggi ke rendah.
....................................................
Pukul 9.30 malam waktu tempatan. Sekumpulan remaja lelaki kelihatan sedang melepak sambil berborak di tepi gelanggang badminton. Mungkin baru sahaja lepas bermain badminton. 4 orang kesemuanya, manakala seorang lagi tidak bermain, hanya duduk di atas motor sambil mengepit gitar kapoknya.
"Ala Zamri, aku rasa adik kau tu nampak benda lain lah. Mana ada gorila dekat hutan Malaysia ni. Merepek je lah." Poji membuka bicara
"Betul cakap Poji tu Zamri. Budak-budak.. Imaginasi dia kadang-kadang tinggi sangat, lepas tu suka buat cerita bukan-bukan. Sebab aku masa budak-budak pun macam tu jugak, cerita mesti nak gebang punya, barulah kawan-kawan rasa teruja." Kata Man Jebon
Poji, dan Man Jebon masing-masing tidak mempercayai apa yang Zamri katakan tentang adiknya. Bagi mereka, adik si Zamri ni hanya mereka-reka cerita kerana mahu mempermain-mainkan Zamri. Kalau betul pun apa yang adiknya nampak, mungkin itu hanyalah spesis orang utan yang tersesat.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...