Nazrin baru bertukar mengajar ke sekolah yang agak jauh di pendalaman.Masalahnya hanya satu, rumah sewa.Tak sanggup dia berulang alik awal pagi dari rumahnya ke sekolah.
"Cikgu Razie, ada rumah sewa tak dekat-dekat sini?"tanya Nazrin kepada sahabat yang sama-sama mengajar disekolah tersebut.
"Tak tahu lah cikgu, kena cari lah.Kawasan ni kawasan kampung,payah sikit.Kuater pun dah tak ada kosong.Nanti cuba tanya pada orang kampung, pada murid ke?"usul Cikgu Razie.
"Bagus juga tu kan, boleh tanya murid.Masuk kelas kang aku tanya mereka lah senang."Nazrin bangun, loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis."Siapa tahu ada rumah untuk di sewa.Bagitahu cikgu.Cikgu nak sewa."Nazrin memandang wajah anak muridnya seorang demi seorang.Namun tiada jawapan.Tak apa lah, mungkin nanti akan ada yang datang padanya dan beritahu apa-apa info.
Sewaktu dia menyusun buku latihan yang hendak di tanda, seorang murid datang kepadanya.
"Cikgu nak cari rumah sewa ye...Rumah sewa ada dekat hujung kampung ni kalau cikgu nak.Rumah berkembar dua... rumah batu cikgu.Makcik saya punya."Nazrin memandang tanda nama murid tersebut.Siti!"Ada ke Siti?Alhamdullilah..boleh kamu bawa cikgu jumpa makcik kamu tu?"Nazrin tidak berlengah lagi, kalau makcik Siti mahukan deposit hari ini juga dia beri.
"Boleh cikgu, sekarang pun boleh."ujar Siti.Nazrin membawa Siti ke rumah makciknya.Nazrin melihat sebuah rumah berkembar bercat hijau terang , comel berada betul-betul di sebelah rumah makcik Siti.
"Rumah ni asalnya homestay.Ada satu bilik. lengkap hall dengan dapur kecil.Ada lengkap lah perabotnya.Kalau cikgu nak makcik bagi sewa rm400 sebulan."Ujar Makcik Esah.
"Pucuk di cita ulam mendatang ni makcik. Saya nak sangat, tapi boleh tak saya masuk tengok?"pinta Nazrin.
"Boleh..boleh. Mari...."Mereka masuk ke rumah tersebut.Memang cantik. tetapi apabila Nazrin mendongak ke atas antara pemisah biliknya dengan rumah sebelah ada satu ruang. Kalau orang sebelah membuka radio atau tv memang dia boleh dengar.. berbual pun boleh.Tapi tak kisah lah sebab rumah sebelah memang tak ada orang.Itu yang Nazrin perasan.
"Okey makcik, kira jadi ye."Nazrin memberi kata putus.Nazrin terus sahaja membayar sewa rumah tersebut.Esok dia akan membawa barang keperluan dia untuk tinggal di sini."Rumah sebelah ni memang tak ada orang ke makcik?"Tanya Nazrin ketika mereka keluar dari rumah tersebut.
"Rumah sebelah ni selalu makcik kosongkan untuk anak buah makcik. dia selalu datang sini.Dia tu penulis kisah seram.Jadi selalu nya memang dia nak tinggal dekat rumah ni senang nak garap idea katanya."
"Wah! penulis best nya kan makcik."kata Nazrin.
"Best apanya , dia pun macam hantu je makcik tengok."Makcik tersebut ketawa.
"Nazrin nak masuk esok kan?"tanya nya sekali lagi.Nazrin mengangguk. Tangan Nazrin sempat menyentuh bunga melur di halaman rumah makcik tersebut sebelum dia bergerak pulang.Petang esoknya pulang sahaja dari sekolah, Nazrin terus sahaja masuk ke dalam rumah tersebut. dia hanya membawa bajunya sahaja.Dan juga barangan peribadi.Maghrib itu...
"Nazrin makcik nak ke Rawang rumah anak dalam seminggu dua.Nazrin tolong jengah-jengah rumah ye.Nanti anak buah makcik pun nak datang bermalam dekat sini.Nazrin boleh lah kenal-kenal."Makcik bertemu dengan nazrin petang itu. Dia memberitahu mahu ke Rawang dan perihal anak buahnya.
"Anak buah makcik lelaki ke perempuan?"tanya Nazrin.
"Perempuan..."jawab makcik tersebut.Nazrin hanya mengangguk.Tengah malam Nazrin terjaga kehausan dia agak pelik apabila dia melihat bilik sebelah terang benderang.Owh,anak buah makcik dah sampai agaknya.
Nazrin memasang telinga dia mendengar suara halus menyanyi sebuah lagu melayu lama.Best juga lagu tu.Suara seorang wanita!Nazrin merasa sedikit teruja dengan suara merdu tersebut.Suara itu terhenti tidak semena-mena"Intai saya?"tiba-tiba suara itu bertanya.Eh!macam mana pula dia tahu ni?Ada lubang dekat mana-mana ke?Nazrin mencari jika ada lubang di antara dinding konkrit itu . Sah memang tak ada lah kecuali siling yang terdedah di antara sempadan dinding itu.
"Maaf saya tak intai lah."Nazrin bersuara.wajar rasanya meminta maaf walaupun dia pasti, perempuan itu tak dapat melihat dia mengintai. memang dia tak mengintai pun.Gila nak intai anak dara orang.
"Eh!Maaf, saya tak kata awak lah.Saya sedang menulis cerita seram ni."Suara di sebalik dinding menjawab.Alamak! malunya dia. Nazrin tersengih.
"Owh jadi awak sedang bercakap dengan manuskrip awak lah ni ye. Saya salah sangka, saya ingat awak cakap saya."
"Awak intai saya ke?"tanya suara di sebelah.Kan dah kantoi!Nazrin menyambung sengih.
"Tak intai tapi saya dengar awak menyanyi, sedap suara awak."Terlanjur bercakap, dia memuji.
"Awak dengar saya menyanyi, maaf saya ganggu tidur awak sahaja."
"Tak apa... saya Nazrin. nama awak?"Sesi perkenalan bermula.
"Saya Anur.Panggil Nur sahaja."
"Selamat berkenalan Nur, sambung tidur semula ye."Ujar Nazrin.
"Selamat malam."Anur menjawab dan mereka terus diam.Esoknya, Nazrin mengintai juga kelibat Anur tetapi tiada.Barangkali sudah keluar ke mana-mana.Dia menunggu juga petang itu tetapi kelibat Nur tiada di mana-mana.Menjelang tengah malam baru dia nampak cahaya daripada bilik Anur.
"Nur, saya tunggu je awak siang tadi, ingatkan boleh berkenalan."
"Owh maaf seharian saya ke rumah emak saudara yang lain. Malam baru dapat menjengah."
"Awak sibuk ke nur?"tanya Nazrin.
"Baru nak laptop, sambung menulis cerita seram ni."
"Awak tulis cerita apa?"
"Kalau dah seram mesti lah cerita hantu.Nazrin awak percaya kewujudan hantu, bunian atau roh orang yang dah mati?"tanya Anur tiba-tiba.
"Hantu tu saya tak percaya tapi syaitan merupai hantu tu saya percaya.Pasal bunian tu saya percaya, jin juga mahluk Allah. Roh orang yang dah mati itu hanya Allah yang tahu kita manusia ni tak tahu semua alam yang ghaib."
"Pernah ke orang jatuh cinta dengan hantu?"tanya Anur lagi.
"Mengarut, dengar perkataan hantu tu pun dah takut. apatah lagi nak jatuh cinta bagai. memang tak lah tu."jawab Nazrin sambil ketawa.
"Kan..betul juga tu."Anur dan Nazrin terus berbual sehingg mereka tertidur.Esok nya tetap juga sama Anur pagi-pagi sudah hilang tetapi muncul apabila tengah malam menjelma.
"Awak ni macam biskut Anur, siang ghaib malam ada. macam hantu wujud hanya di waktu malam sahaja."kata Nazrin ketika mereka berbual malam itu.
"Awak pun tak ada waktu siang sebab ke sekolah kan.Kenapa Nazrin, seminggu ni awak rasa kita serasi ke?Awak rindu saya ye."Anur sengaja bergurau dengan Nazrin. sengaja menduga hati Nazrin.
"Ishh.. ke situ pula awak ni Anur."jawab Nazrin sambil tersenyum. Hari-hari berbual gila tak timbul sedikit rasa? Ada lah juga tercuit sikit.Tapi tak lah sampai tahap angau lagi.Masih boleh kontrol.
"Jaga-jaga Nazrin mana tahu saya ni hantu."usik Anur.
"Hantu mesra alam macam awak ye Nur, memang elok sangat lah tu.Kalau lah betul awak hantu,saya bertuah lah dapat berbual dengan hantu"Sahut Nazrin.
"Saya dah nak balik Nazrin, nanti awak tinggal lah sendiri ye. Saya balik nanti tak ada lah kawan awak berbual."
"Bila awak nak balik?"
"Pagi-pagi esok."
"Jumpa saya sekejap, nak juga saya tengok rupa awak tu."Pinta Nazrin tetapi Anur hanya diam.
"Nazrin awak jaga diri awak ye... semoga awak bahagia dan hidup gembira."sambung Anur tanpa menjawab pertanyaan Nazrin.
Nazrin terdiam, Anur tidak sudi bertemu dengan nya.
Pagi esoknya Nazrin tetap tidak bertemu Anur... pelik pula rasanya. berbual seminggu ni sampai ke awal pagi tapi tak pernah bersua.
Makcik pun dah balik daripada rawang."Makcik, anak buah makcik dah balik pun kelmarin ."kata Nazrin ketika dia bertemu makcik petang itu.
"Anak buah makcik?Eh lupa nak kata dia tak jadi datang.Tak dapat cuti."
"Ha... biar betul makcik."
"Betul lah, dia tak dapat datang.Kenapa Nazrin...?"tanya makcik kepadanya.
"Makcik seminggu makcik ke rawang, ada seorang perempuan bernama Anur datang dan duduk dalam bilik sebelah.Dia tak kata anak buah makcik tapi rasanya anak buah makcik tu.Setiap malam saya berbual dengan dia."
"Anur?"
"Ya makcik Anur namanya, dia suka menyanyi lagu lama.Sedap suara dia...dia kata dia penulis cerita seram."
"Kamu biar betul ni Nazrin."
"Betul lah makcik, buat apa saya nak tipu."
"Maknanya kamu jumpa Anur?"
"Tak makcik dengar suara je."jawab Nazrin, makcik memandang dia pelik.
"Nazrin...Allahuakhabar.makcik tak tahu nak kata apa.Tunggu sekejap."Makcik masuk ke dalam rumah, dan keluar membawa bingkai gambar kecil."Ini lah Anur, dia memang suka menulis cerita seram dan menyanyi lagu lama."
"Cantik...."Nazrin melihat gambar tersebut.
"Tapi Anur ni dah meninggal 5 tahun lepas kerana kemalangan jalan raya ketika nak balik ke sini."
Nazrin terlopong, biar benar....Jadi seminggu ini dia bercakap dengan siapa?Betul lah apa Anur cakap...."JAGA-JAGA NAZRIN MANA TAHU SAYA NI HANTU."
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
Kinh dịPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...