"Masakkan aku nasi goreng jap , aku lapar pulak malam-malam camni." . Kata Amri kepada Amra . Mereka berdua menetap di Melaka dan tinggal bersama ibu saudara mereka , Abang sulung mereka sudah berkahwin dan tinggal di luar negara kerana tuntuntan kerja .Lalu Amra pun akur dengan arahan abang ngahnya itu. Asyik amra menumbuk cilipadi mengunakan batu lesung tiba-tiba dia terdengar bunyi kain yang terkibas-kibas . Amra memberanikan diri untuk memandang ke luar tingkap , automatik anak lesung ditangannya dilempar kearah Pontianak itu dan terus menjerit sekuat hati .
"Eh,eh kau kenapa ni ? Ya Allah ! " kata Amri
"Pon ... pon .. " Amra tidak mampu menghabiskan kata-katanya itu .
"Dah lah , takpayah masak tutup je pintu dapur ni " kata Amri terpaksalah menahan perutnya yang berkeroncong dari tadi . Dia faham benar dengan kawasan rumahnya itu memang banyak penunggunya , maklumlah rumah ini betul-betul dihujung kampung , ada kebun pisang terbiar lagi . Banyak juga orang kampung menanam uri ,
malah yang menanam anak yang digugurkan .Seminggu sebelum itu , di kebun pokok pisang yang terbiar...
"Cepatlah jalan terhegeh-hegehlah kau ni macam siput je " tengking Bahar
Nani hanya mampu menangis sambil mengendong anaknya yang lahir atas kerakusan dan kerelaan hatinya .
"Letak budak ni dalam lubang tu " arah Bahar
"Kau gila ke ? budak ni hidup lagi lah " jerit Nani
"Kenapa kau nak bela dia ? Kau nak malu dengan orang kampung kau ada anak luar nikah ? tempiak Bahar , pantas Bahar merentam bayi itu dan mencampak ke dalam lubang yang digalinya . Kaku bayi itu menangis .Nani terus cuba untuk memgambil anak yang hampir putus nafas dek kerana menangis yang tidak berhenti , Bahar tiada pilihan . Dia menghentak kepala Nani dengan menggunakan cangkul dan terus menolak tubuh Nani kedalam lubang itu , mana mungkin dia mampu bertanggungjawab sedangkan dia sudah ada tunangan , malahan dia anak kepada imam
dikampung itu , dia tidak mahu bapanya menanggung malu akibat perbuatannya itu . Bahar menimbus tanah sehingga suara bayi yang menangis tadi tidak dapat didengari lagi . Mengalir air matanya dipipi ,tidak menyangka dia sekejam itu .Amra masih trauma dengan kejadian malam itu , dia masih takut untuk bersendirian di rumah , malah malam itu dia mimpi seorang anak kecil menarik tangannya dan menuju ke kebun pisang terbiar itu , mimpi itu berulang hampir setiap malam membuatkan dia tidak mampu menahan lagi , Malah , setiap subuh , Amra akan dengar bayi menangis kaku . Amra mengajak Amri pergi ke kebun terbiar itu dan dia terjumpa gelang kaki milik kawan karibnya, Nani . Nani dilaporkan hilang , ibubapanya telah melaporkan kepada polis . Amra terus menyuruh Amri menghubungi polis .
Polis telah menjumpai mayat Nani bersama seorang bayi lelaki, setelah disiasat polis mengetahui ibubapa bayi itu . Bahar ditangkap polis saat dia sedang diijab kabulkan dengan tunangannya, malah polis menjumpai banyak
lagi janin-janin di kebun terbiar itu . Terjawab semua tanda tanya Amra bunyi bayi menangis , mimpi budak menariknya ke kebun itu , pontianak itu , dan juga kehilangan Nani .
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...