Petang tu, baru pukul 4.30 aku dah tergesa-gesa nak balik. Aku buat praktikal kat satu company yg kecik aje. Bos jenis sempoi orangnya, so dia tak banyak soal bila aku minta izin nak balik awal sebab nak pergi jemput adik balik dari tempat belajar. Mama minta tolong aku jemput Ateh kat poli tempat dia belajar nun kat Kuala Selangor sana. Mama tak dapat jemput
sebab ada meeting. Ateh pulak balik kena angkut barang banyak sebab tak lama lagi dia nak tamat sem dah. Aku ni sebagai anak yg baik dan mendengar kata, menurut aje perintah Mama walaupun rasa malas yg amat nak drive jauh-jauh. Nasib baik esok hari Sabtu.
Sampai kat poli Ateh dah dalam pukul 6 petang. Ateh dah siap tunggu aku kat bawah asrama dia dgn barang-barang dia yg punyalah banyak. "Apsal tak cakap kena bawak lori sekali?" aku melawak dengan Ateh. "Muka ko pun dah macam drebar lori, buatpe nak panggil lori." Cis, kuajaq! Kami mula masukkan barang-barang Ateh dalam bonet kereta. Tak cukup bonet, dengan tempat duduk belakang sekali penuh dengan khazanah dia. Aku mengomel la sebab banyak bebenornya barang, macam dah duduk poli 10 tahun. Sengih je Si Ateh. Setel semua, kami mula bertolak balik. Dah hampir senja dah.
Sepanjang perjalanan, aku dan Ateh bersembang-sembang kosong. Isu semasa, gosip retis, pasal tempat kerja aku, macam-macam laaa. Dok sibuk borak tu, tiba-tiba Ateh tunjuk jari kat depan di bahu jalan yg ada pokok-pokok pisang.
Ateh: Eh, apa tu?
Aku: Apa? Mana? Mana?Aku ni pun sikit punya inesen dok cari benda yg Ateh dok tunjuk. Tak terpikir langsung masa tu dah nak Maghrib ke apa.
Ateh: Tuuuu... tuuu kat tepi pokok pisang tu.
Aku: Manaaa? Tak nampak ponggggg.
Ateh: Eish, tu laa, kat...Tiba-tiba Ateh diam. Aku pun kehairanan apsal tetiba dia diam. Aku terus tengok tempat yg ditunjuk Ateh. Siap perlahankan kereta. Sekali aku pun ternampak la. Ada kepala terapung-apung, siap usus tali pusat berjurai-jurai apa semua.
Pundek! Penanggal!!! VROOOOMM! Aku tekan minyak, memecut laju. Gila kecut perut aku. Mujurla 'benda' tu bukan pandang kat kitorang. Dalam hati, ada rasa marah sebab Ateh pergi tegur benda tu. Aku pun jeling Ateh kat sebelah. Pucat lesi muka dia.
Aku: Yang ko pergi tegur tu apahal? Bengong betul.
Ateh: Aku mana tau... aku tak nampak masa tu.
Aku: Hiishhh...Nak marah lebih-lebih tak sampai hati tengok muka Ateh pucat je. Aku teruskan pemanduan sambil berzikir, nak tenangkan hati sendiri.
Ateh: Long...
Aku: Mende.
Ateh: Dia ikut belakang kita...
Aku: Hahhh!??Aku takdela benak sangat nak pi toleh belakang. Aku intai kat side mirror. Tak nampak apa pun. Adakah 'benda' itu berada di sebelah Ateh?
Aku: Ko jangan tengokla. Baca ayat Kursi tu, selawat banyak-banyak.
Aku tekan minyak lagi. Dah 160km/j dah aku tekan ni. Kena saman ke apa, lantakla. Aku dengar Ateh baca ayat Kursi terputus-putus. Aku pasang CD bacaan Al-Quran yg memang ada dalam kereta. Alhamdulillah, kami sampai rumah tanpa apa-apa insiden tak diingini. Aku cepat-cepat turun kereta dan tinjau keadaan sekeliling, kot ada yg mengikut balik ke. Tak ada apa. Yang Si Ateh pulak tak keluar-keluar dari kereta. Aku pun jengukla dari driver seat. Ateh tunduk je kepala, sampai nak cium dashboard dah.
Aku: Oi, dah sampai ni. Tak nak turun ke?
Ateh: Takut... takut...
Aku: Takut pebende? Takde apa dah ni. Jom masuk dalam.
Ateh: Takut... dia tengok aku.Serentak meremang bulu roma aku. Tapi aku beranikan diri jugak tengok kiri kanan. Memang tak ada apa pun. Tapi rasa seram tu masih ada. Aku masuk balik dalam kereta, ambil jaket yg aku gantung kat belakang seat, aku serkup kepala Ateh. Sikit pun dia tak melawan. Dia cuma cakap "Takut... takut..." je. Aku pergi sebelah Ateh, aku tarik Ateh keluar. Dia berkeras tak nak keluar kereta.
Aku: Takpe, dia tak nampak ko. Ni kan aku dah tutup ni.
Aku pujuk Ateh. Aku pun tak tau apa logiknya aku pergi tutup kepala Ateh. Tapi trick aku tu menjadi jugak. Ateh keluar kereta dan terus paut tangan aku rapat-rapat. Kami jalan bersama masuk dalam rumah. Aku baca ayat Kursi dulu sebelum bagi salam dan masuk.
Angah: Ni
apekehei pulak ni main tutup-tutup kepala macam orang kena tangkap basah ni?
Aku: Diam. Mama mana?
Angah: Mama solat. Kenapa ni?Angah cuba tarik jaket aku dari kepala Ateh. Ateh mula bernafas kuat macam orang nak menangis. Aku tahan tangan Angah dan suruh Angah panggil Mama. Mama turun dengan masih bertelekung. Aku tarik Mama jauh sikit dari Ateh dan cerita pada Mama apa yg kami nampak.
Mama duduk sebelah Ateh dan angkat jaket aku. Ateh menangis sambil tutup muka dengan tangan.
Mama: Ateh, tengok Mama ni. Ateh...
Ateh: Takut, takut, takut. Dia tengok Ateh, dia tengok Ateh.Mama suruh aku ambil air minum segelas di dapur. Mama baca dan hembus ke dalam gelas.
Mama: Ateh, buka mata tu, tengok ni Mama kat depan ni. Takde apa dah. Buka mata.
Ateh: Takut....
Mama: Mama dah halau dah. Buka mata tu.Perlahan-lahan Ateh angkat tangan, buka mata. Melilau mata dia ke seluruh pelusuk rumah. Mama ambil air dan sapu ke muka Ateh. Kemudian Mama suruh Ateh minum air tu sampai habis. Lepas beberapa minit baru aku tengok Ateh ok, tak menggelupur macam tadi. Mama suruh Ateh mengucap dan berselawat. Ateh ikut. Mama tanya Ateh takut tak lagi. Ateh geleng kepala.
Lepas Isyak tu, Ateh cerita, dia nampak kepala tu terbang ikut je kat belakang kereta, belah dia. Kepala tu tengok je dia, dan dia pulak macam tak boleh nak lepaskan dari pandang je benda tu. Lama-lama dia jadi takut. Dia rasa macam benda tu tengok je kat dia sampai kat rumah. Dia terbayang-bayang je benda tu ikut dia. Tu dia jadi semacam tu. Aku rasa, Ateh ni dia macam terkejut melampau, tu yg macam dia dok terbayang-bayang je. Betul ke tak benda tu ikut, wallahualam.
P/S : 'aku' dlm cerita ni bkn sy ok
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...