“Lega kan bila kes selesai.”Lala memandang Ben yang masih lagi memandang landrover polis membawa lelaki yang membunuh Izz Marini.
“Kau jangan keterlaluan Lala, merosakan diri untuk sesuatu yang kau tak boleh nak kawal.Kenapa biarkan hantu tu merasuk kau, meminjam tubuh kau ni.Kau memang gila!”Marah Ben, memang dia sedikit terkejut dengan Lala tadi. Selama dia melakukan aktiviti paranormal,tak pernah dia menjumpai kes begini.Lala terlalu berani!
“Kau tengok aku okey kan?”Lala tersengih.
“Macam mana kalau mana-mana hantu meminjam tubuh badan kau untuk buat perkara tak baik?Kau kena fikir buruknya Lala.”
“Sudah lah Ben, jangan marah aku pula. Aku tak akan buat benda ni selalu lah.”Lala masih bersikap selamba.Sakit pula hati Ben melihat Lala, gadis genit,kecil molek ini.
“Aku rasa penat, aku nak balik. Harap esok mereka dah boleh start balik projek.”
“Esok kau kerja?”tanya Ben.Lala mengangguk, kalau dia tak kerja siapa mahu melihat syarikat papanya pula.
Mereka berpisah di site. Dalam perjalanan Lala terfikirkan Izz Marini sekali lagi. Kasihan dia dengan gadis malang itu.Mungkin dia silap kerana sanggup menyerahkan dirinya begitu sahaja tapi lelaki itu juga harus bertanggungjawab sepenuhnya bukan membunuh tanpa belas kasihan.
“Hari ni ada satu lagi kes pembunuhan.”Send group seram misteri.
“Kau dengan siapa Lala”- Afifah
“Then what happen?”- Faizah
“Gadis itu meminjam tubuh aku.”Jawab Lala send group.
“What....?” Sue aliff buat muka terkejut.
“Lala...again? crazy!” Amir arshad.
“Owh no...”Idayu
Lala tidak menjawab mereka lagi.sekejap lagi pasti saka pula akan menghentam dia.Bila dia tak ada mula lah Lala berani melakukan sesuatu yang tak masuk dek akal.Ternyata Lala benar, bertalu-talu pula masej Saka, Fiona dan Iddin masuk. Pasti Ben mengadu domba!biar lah malas nak layan.
“Hey aku okey kan, tak ada apa yang berlaku pada aku pun. Kau orang ni terlebih bimbang macam aku ni sakit kronik plak.”Lala send masej.
“Tak kiralah sakit kronik atau tidak tapi apa yang kau buat tu bahaya tahu.”Marah saka.Fiona juga turut berkata perkara yang sama.
“Dah lah tak payah cakap perkara tu lagi.Stop”Taip Lala, malas mahu berbicara lebih.
“Ikut suka lah...eh malam ni nak ikut team pergi satu kem tinggal tak?kem motivasi dekat dengan laut tu. Bertahun dah kem tu tinggal.”Masej Iddin di pandang nya sekilas.Menarik!Mestilah dia nak join. Kena curi-curi keluar macam ni,kalau minta izin mama mesti mama tak izinkan dia pergi.
Malam itu mereka bertemu ditempat biasa.Ben tak ada malam ni ,dia terpaksa ke Utara meninjau site disana memandangkan papa Lala masih tidak sehat.Mamanya bertanya juga ke mana Lala mahu pergi , dia hanya memberi alasan mahu keluar makan bersama Fiona dan Saka.
“Lala..kau patut jaga diri kau baik-baik.Jangan buat benda yang tak betul macam siang tadi.Kami bukan selalu ada nak jaga kau.”Kata Fiona.Lala tersengih.
“Orang lain beriya-iya sayang kau tapi kau tak sayang pun diri kau.”Iddin pula mengambil giliran bersuara.
“Siapa lah yang sayang sangat dengan aku tu?”Lala ketawa.
“Kami semua sayang kau Lala..kau tu sahabat kami, walaupun aneh orangnya tapi kau tetap kawan kami tau.”Lala terdiam mendengar kata Saka.
“Suatu hari nanti aku akan berhenti apabila aku puas dengan kegilaan ini.contohnya bila aku dah kahwin nanti.aku berhenti lah. Jangan lah kau orang risaukan aku pula.”
“Kau dah ada boyfriend ye?”Fiona tolak bahu Lala sedikit.
“Kalau ada boyfriend aku nak yang macam Nadim.”
“Nadim milik June lah...”Fiona terjerit kecil, ada ke Nadim tu juga yang dia fikirkan.
Mereka bergerak ke kem yang di maksudkan lebih kurang jam 11 malam.Suasana agak gelap gelita, berbekal kan lampu picit mereka menyusup masuk ke dalam kem tinggal tersebut.Beberapa bangunan sudah kelihatan usang, terkopak sana sini apatah lagi ia di perbuat daripada kayu.Kawasan kem memang agak besar.Saka mengambil gambar bangunan usang tersebut, fiona dan Lala serta Iddin menyuluh persekitaran kem.
“Owh my god, apa tu?”Fiona bersuara tiba-tiba.
“Apa?”Tanya Iddin.Lala cepat-cepat memandang ke arah yang ditunjukan Fiona dengan lampu picit.
“Ada benda terbang dekat atast tu...”bisik Fiona.
“Burung kot.”Jawab Iddin, Lala mengangguk.Mungkin mata Fiona melihat binatang terbang.
“Burung apa berwarna putih?”tanya Fiona.
“Bangau agaknya...”Jawab iddin.
“Weh!setahu aku kat sini tak ada bangaulah.”Saka menyampuk. Serentak dengan itu mereka mendengar bunyi seperti mengilai panjang dan nyaring.
“Alamak..”Fiona menekup mulutnya.Lala memandang ke arah bunyi tersebut, tetapi tiada apa kelihatan.Bunyi mengilai beralih dari satu pokok ke pokok yang lain.Bulu roma meremang memberi petanda memang ada sesuatu di situ.
“Jangan layan, kita tengok kawasan lain.”Saka bergerak menuju ke kawasan lain.Sesekali mereka dapat rasakan sesuatu yang aneh, bulu roma menegak memang memberi petanda tidak baik tetapi mereka berempat meneruskan juga aktiviti mereka.Dua jam mereka di dalam kem tersebut, mereka keluar apabila jam di tangan Saka sudah menunjukan angka 3 pagi.
“Fuh!habis satu seksa.”Kata Saka sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.Lala memandang kembali ke arah kem.Sesuatu yang aneh berada di tepi pagar kem tersebut.
“Kenapa ramai orang dekat situ?”Lala berbisik.
“Ramai orang?Mana?”tanya Fiona.
“Mereka datang dari mana pula, macam menghantar kita balik?”Lala telan air liur.memang matanya tidak akan menipu. Mereka tidak keluar dari pagar, hanya memerhati dari kawasan dalam kem.Mungkinkah orang yang ramai itu penghuni yang mereka tidak nampak?
“Kau masuk dalam kawasan kami.Kau bangkitkan kakak cantik yang dah lama tak ke mari.Bau manusia menarik perhatian dia.”Lala merenung wajah salah seorang daripada mereka yang berdiri di pintu pagar kem.Lelaki itu seolah-olah bercakap dengannya pula.Bercakap dari hati ke hati, bukan melalui gerak bibir.
“Maaf kami tidak tahu.”Lala bersuara.
“Apa kau cakap ni Lala...”Fiona bertanya, apa yang kami tidak tahu?
“Manusia memang suka berbuat sesuatu tanpa menggunakan otak, menyusahkan kami. Berambus segera sebelum kakak cantik mengekori kamu pulang. Kami tak mahu kamu semua kembali ke sini sama macam manusia lain mengacau penempatan kami mahluk bunian.”Lelaki itu bersuara lagi.
“Maafkan kami.”Lala berbisik lagi.
Saka , iddin dan Fiona pelik. Saka start enjin kereta mereka segera berlalu pergi.Ketika itu Lala terpandangkan jam pada dashboard kereta.
“Saka..tadi kita keluar kem pukul berapa?tengok jam tak?”tanya Lala.
“Pukul 3 pagi.”jawab Saka.
“Fiona tengok jam kau, dengan jam dekat handset. Iddin pun...”Mereka melakukan perkara yang sama. Masing-masing melihat jam di tangan.
“Pukul 1” jawab mereka serentak.Mereka berpandangan.
“Tadi Saka kata kita keluar jam 3 pagi.”
“Eh betul lah, masa dekat pagar tu aku tengok jam pukul 3 pagi.Lama kan kita kat dalam tu.”jawab Saka.
“Tapi jam kita semua baru pukul 1 pagi, tengok jam kau balik.”kata Lala.
“Jam aku betul, pukul 1 pagi.”
“Dua jam kita kat dalam tu...ke mana sebenarnya kita pergi?”tanya Lala kepada mereka semua. Masing-masing tidak dapat berkata apa-apa.
“Kita masuk ke perkampungan mereka, membangunkan kakak cantik..macam yang mereka kata.”
“Maksudnya..alam kita dengan alam mereka ada perbezaan waktu juga ke?” tanya Fiona.
“Pernah dengar cerita orang yang tersesat ke alam bunian, sehari di sana dua hari di dunia kita.”
“Dimensi barangkali.Teori sains, aku tak faham sangat benda macam ni.”ujar Iddin.
“Mungkin juga”jawab Lala.
“Fuh...superb.”Saka berkata.Tak terjangka mereka akan mengalami perbezaan waktu yang agak ketara di alam lain. Betul lah kata orang kem ini tinggal kerana gangguan yang berlaku kepada peserta sedikit masa dahulu. Barangkali benar ini memang perkampungan mereka. Mereka mahluk yang melata di atas bumi.
Mereka pulang dengan seribu persoalan. Hanya gambar yang menjadi bukti mereka pernah tersesat ke alam lain.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorreurPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...