Jam menunjukkan pukul 8.35pm dan Syafiqa sedang mendengar kuliah daripada pensyarahnya Encik Ramli di dalam kelas Statistik. Dia kelihatan begitu bosan dan tidak memahami apa yang di ajar oleh pensyarahnya yang sudah berumur itu.
Suasana bilik kelas itu sangat sejuk walaupun ramai pelajar datang ke kelas malam itu. Mungkin kerana penghawa dingin yang asyik terpasang dari awal pagi lagi.
Kerana sudah tidak tahan sejuk, Syafiqa bangun dan meminta izin daripada pensyarahnya untuk keluar pergi ke tandas.
"Sir, can I go to the toilet please?" tanya Shafiqa
"Yes you can go but please do not smoking in the toilet." Jawab Encik Ramli
"Err.. ok sir.. But why?"
"Why? Students are not allowed to smoking in the falcuty and I don't like the smell from it. So please ya."
"Err.. ok sir"Syafiqa keluar dari bilik kelasnya dan kelihatan rakan sekelasnya ketawa kecil melihat Encik Ramli memberi amaran kepada Syafiqa. Syafiqa sedikit bengang kerana Encik Ramli tahu sahaja tujuan dia pergi ke tandas adalah untuk menghisap rokok.
Apabila Syafiqa sampai ke tandas perempuan, dia lihat tiada siapa berada di situ. Terdapat tiga pintu tandas yang terbuka. Syafiqa masuk ke dalam pintu tandas yang pertama dan kunci pintu. Dia tutup penutup mangkuk tandas dan duduk di atasnya lalu mengeluarkan kotak rokok Wingston dari poketnya dan menyalakan sebatang rokok.
Syafiqa tidak mengendahkan amaran yang diberikan oleh Encik Ramli kerana dia yakin yang pensyarahnya tidak akan tahu dia merokok. Dia sudah membawa perfume untuk menghilangkan bau rokok di badannya nanti.
Tiba-tiba Syafiqa terdengar sesuatu bunyi yang ganjil. Dia lihat ke bawah melalui lubang pintu dan terkejut apabila melihat ada sepasang kasut kulit lelaki berdiri di depan pintunya. Adakah dia salah masuk ke tandas perempuan?
Syafiqa mula rasa takut kerana lelaki itu berdiri rapat di depan pintu tandasnya seperti menunggu Syafiqa untuk keluar. Adakah lelaki itu pensyarahnya Encik Ramli? Adakah pensyarahnya ikut dia ke tandas semata-mata untuk memeriksa sama ada dia merokok?
Syafiqa hanya diam sahaja. Dia sangsi yang lelaki diluar pintu itu adalah pensyarahnya. Rokok di tangannya dihisap beberapa kali bagi menghilangkan rasa gementarnya.
Tiba-tiba pintu tandasnya diketuk dari luar. Syafiqa terkejut namun dia hanya berdiam diri sahaja. Perlahan-lahan dia intai di bawah pintu itu dan sepasang kasut itu masih berdiri di sebelah pintunya. Syafiqa mula panik.
Ketika kepalanya mengintai di bawah pintu, ada satu titisan air jatuh ke atas muka Syafiqa. Dia mengelap titisan itu dengan jari dan ia kelihatan berwarna merah seperti darah.
Syafiqa toleh ke atas dan dia terkejut sambil menjerit ketakutan apabila dia melihat di atasnya ialah lelaki yang sangat tinggi mengintai dia di atas pintu dengan wajah yang sudah reput seperti mayat.
Lelaki itu menjulurkan tangannya yang sangat panjang dan mengambil putung rokok di tangan Syafiqa dan berkata
"Di sini dilarang merokok...."
Syafiqa menjadi histeria dan lelaki itu menarik kepala Syafiqa sambil mengangkatnya keluar dari bilik tandas itu.
Pada keesokan hari, mayat Syafiqa ditemui di tangga fakulti dan mayatnya kelihatan rentung seperti dibakar namun polis masih tidak menjumpai tempat di mana mayat Syafiqa itu dibakar.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...