"Macam mana, nak tegur ke tak ni?"
"Habis tak kan nak biar je dia kat sini? Kita kejutkan dan halau dia"
"Tengok tu bukan main nyenyak dia tidur, geram je aku tengok."
"Dah, dah. mari kita kejutkan dia. Macam tak ada tempat lain pulak nak tidur. Bos bising pulak nanti kalau kita biarkan je dia dekat sini. "Kelihatan dua orang lelaki, Ali dan Raj sedang mengejutkan 'seekor' maskot arnab yang sedang terbaring tidur di pintu hadapan kedai Kafe tempat mereka bekerja. Dengan kostum arnabnya yang masih belum dibuka bahagian 'kepalanya', mereka berdua yakin orang di dalamnya adalah lelaki. Barangkali malam tadi lelaki ini mabuk sampai terbaring tersadai di hadapan kafe mereka. Andaian dibuat bahawa lelaki berkostum arnab ini mungkin datang dari tapak pesta ria yang terletak tidak berapa jauh dari kawasan kafe tempat mereka bekerja.
Setelah berkali-kali dikejutkan barulah lelaki berkostum arnab ini terjaga, itu pun setelah Ali menyepak kakinya berkali-kali. Lelaki arnab terkejut lalu bingkas bangun melarikan diri. Kostum arnabnya yang berwarna putih sudah kelihatan lusuh dan kotor. Mungkin kesan kotor akibat baring tidur di lantai kaki lima. Dari jauh Ali dan Raj tertawa melihat telatah 'si arnab'. Hampir sahaja lelaki tersebut dilanggar kereta apabila menonong melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Bertalu-talu dia dihon oleh pemandu kereta. Lelaki berkostum arnab jadi gelabah, bagai ayam melintas jalan. Dia kelihatan teragak-agak mahu melintas ke seberang atau tidak. Lucu. Sungguh lucu sekali dan kelihatan amat bodoh.
"Dah la mabuk, bodoh pulak tu. Kalau ye pun bukaklah kepala arnab tu dulu"
"Hahaha, dah, jom kita masuk buat kerja. Sekurang-kurangnya pagi ini kita ada hiburan."
"Hahahaha, kan!"Hari itu kafe beroperasi dengan sangat sibuk sekali seperti kebanyakan hari-hari minggu yang lain. Dua orang pekerja ini dan rakan-rakannya yang lain bertungkus-lumus menyiapkan pesanan para pelanggan. Lokasinya yang agak strategik iaitu di tengah-tengah pekan menjadi penarik lagi kepada orang ramai. Bos mereka hanya tersenyum lebar di pintu hadapan kafe menyambut tetamu. Senyuman harus selalu diberikan walau dalam apa jua situasi sebagai impresi pertama kepada orang ramai.
Tiba-tiba, mata bos tertarik kepada helaian-helaian bulu berwarna putih di kaki lima hadapan pintu masuk. Dia mengamatinya lalu terus memanggil salah seorang pekerjanya di dalam.
"Raj! ke mari kejap. Tengok ni, ada bulu putih apa ni?"
"Err, bulu putih? Ohh, ini tentu arnab pagi tadi."
"Arnab?? Kamu biarkan binatang masuk ke kafe kita??"
"Eh, bukan macam tu bos. Pagi tadi ada seorang lelaki ni dekat sini, dia pakai kostum arnab."
"Apa-apa je lah. Dah, cepat bersihkan. Kalau pelanggan nampak nanti mereka komplen pulak"Raj terus mengambil penyapu dan menyapu bersih kaki lima di hadapan kafe. Dia memastikan betul-betul,bulu-bulu putih dari kostum arnab lelaki pagi tadi hilang daripada pandangan.
"Sekali lagi dia datang, aku bedal dia dengan batang penyapu ni."
.........................................
Jam menginjak pukul 10.30 malam, pengunjung-pengunjung kafe sudah mulai berkurangan. Suasana sudah mula reda dari kesibukan. Pekerja-pekerja mulai mengemas, mencuci dan menyusun atur meja dan kerusi sebelum 'closing'. Ali yang menjaga kaunter membuat semakan terakhir untuk 'sales' hari ini, Raj pula sedang mengemop lantai sambil bersiul. Hatinya girang kerana waktu kerja sudah hampir habis. Namun siulan Raj terhenti apabila melihat wajah Ali yang muram dan agak serius di balik kaunter. Mata Ali merenung panjang ke monitor komputer. Sesekali dia pandang ke luar kedai melalui cermin tingkap.
"Dey, kau kenapa? ada duit short ke?"
"Tak lah, aku dok perhati cctv ni daripada tadi."
"Hah, kenapa. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan cctv tu?"
"Aku tengok dekat skrin ni ada imej lelaki arnab tu dekat luar kedai. Dekat pintu depan. Tapi bila aku pandang luar tak ada pulak lelaki arnab tu. Cuba kau tengok ni Raj!"
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...