TEROWONG

624 35 2
                                    

Pada suatu hari, ada pasangan kekasih ingin berdating di atas bukit. Mereka menikmati pemandangan yang indah dan diiringi bunyi burung-burung berkicauan membuatkan suasana begitu romantik. Sehingga mereka tak sedar hari makin gelap. Jadi mereka pun pulang menaik kereta

Malangnya ketika mereka dalam perjalanan, mereka tersilap ambil simpang dan termasuk ke jalan yang mereka tidak pernah masuk. Dengan rasa kecewa mereka meneruskan perjalanan. Jalan yang mereka lalui sangat sempit dan gelap sehingga mereka sampai di sebuah terowong.

Mereka berhenti seketika. Jalan kelihatan sunyi dan tiada kereta lain yang lalu.

"Abang pernah ke masuk dalam terowong ni?" kata aweknya.

"Belum pernah lagi syg. Tapi kita tak ada pilihan. Kita rempuh je la."

Pakwenya memandu perlahan masuk ke dalam terowong itu. Keadaannya agak gelap kerana banyak lampu terowong yang rosak.

Bang!

Dalam keadaan yang gelap mereka terdengar ada satu benda yang terlanggar di cermin belakang mereka. Aweknya toleh ke belakang namun tidak nampak apa-apa yang ganjil. Tiada kereta di belakang mereka. Hanya mereka sahaja berada di terowong gelap itu.

Bang! Bang!

Pakwenya mula tekan minyak kuat-kuat supaya dapat keluar dari terowong itu.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Mereka dengar ada benda yang melanggar cermin mereka dari semua arah. Pakwenya tekan minyak sekuat hati kerana tidak tahan dengan gangguan itu dan berharap dapat keluar berjumpa dengan orang. Lama-lama mereka sudah keluar dari terowong itu dan terjumpa sebuah stesen minyak.

Mereka menarik nafas lega dan berhenti seketika di stesen minyak itu. Mereka keluar mengambil angin. Terdapat beberapa pekerja stesen minyak sedang membuat kerja mereka.

Setelah beberapa minit berehat, mereka kembali ke kereta namun mereka terkejut. Terdapat banyak kesan tapak tangan di semua cermin kereta mereka. Hairan dengan apa yang berlaku, mereka minta pekerja stesen untuk lap cermin kereta mereka dari luar.

Pasangan itu masuk ke dalam kereta sambil melihat pekerja lap cermin kereta. Mereka tidak mahu fikir yang bukan-bukan dari mana datang kesan tapak tangan itu. Mereka agak mengigil bila ingat kembali apa yang mereka lalui dalam terowong tadi. Mungkin ada 'benda' yang tumpang di atas kereta mereka?

Setelah lama mengelamun, pasangan tadi dikejutkan oleh pekerja stesen itu. Dia berkata yang kesan tapak tangan itu tidak boleh hilang. Berkali-kali dia lap namun masih ada kesan tapak tangan itu.

Pasangan ini mula hairan dan takut. Dengan keadaan mengigil, Si pakwe itu cuba lap cermin itu dan kesan tapak tangan itu hilang.

Yang menakutkan mereka ialah kesan tapak tangan itu berasal dari dalam kereta.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now