Azura melihat alamat yang tertera dikertas kecil yang dipegangnya."betullah alamat ni" kata Azura dalam hati. "assalamualaikum, kak" laungnya. namun masih tiada jawapan,sudah 3 kali dia meberi salam namun tiada jawapam yg diberikan. seketika kemudian kelihatan pintu dibuka.muncul seorang gadis yang berumur 20 an. "waalaikumussalam,eh zura! ya allah maaflah tadi akak kt atas". kata Afiffah kakak kepada Azura sambil menyuruh adiknya masuk.
*****
"wah besar jugak rumah akak ni" kata Azura terpegun.
"sewa jelah bukan beli"
"ermm kak mak kirim salam dia kata dia rindu sangat dengan akak"
"waalaikummussalam"Azura adalah gadis lepasan SPM yang datang ke bandar umtuk menghabiskan waktu cutinya bersama kakaknya yang kerja di bandar.
*****
Sudah seminggu Azura tinggal bersama kakaknya.Dia mula merasa bosan kerana tiada teman untuk berborak.kawasan yang kakaknya tinggal ini semuanya bua hal masing masing.Azura mengambil keputusan untuk duduk berehat di luar.
Sedang di berehat diluar sambil melayari internet dia perasan akan seorang gadis memandangnya dengan tajam.Azura cuba melemparkan senyuman namun tidak dibalas. "Susan
masuk! siapa suruh kau keluar!" tengking satu suara garau. serta merta gadis yg bernama Susan itu masuk. kemudian kelihatan seorang lelaki agak berumur memandang Azura dari atas ke bawah. lagaknya seperti ada yg tak kena.
"eh eh anak kau yang keluar nak salahkan aku pulak" bebel Azura setelah melihat lelaki tu keluar menaiki kereta mercedes.*****
"kak kenapa dgn jiran sebelah rumah ni?' soal azura kepada kakaknya.
"kenapa zura tanya mcm tu?"
"takdelah ada ke patut anak dia yang keluar lepastu tgk zura mcm nk telan"
"ooh tak pyh nk hairan dengan keluarga diorang.keluarga encik Vincent mmg macam tu jenis yg tak bergaul buat hal sendiri.anak dia pun dia tak bagi keluar padahal umur dah 18 kot." terang afiffah panjang lebar.
Azura terjaga dari lena apabila mendengar jeritan seseorang. dikerling jam disebelahnya. pukul 3:45 pagi.Siapa pula yg menjerit pagi pagi ni? rungut Azura."hey mana kau nak lari?". Azura terdengar suara seseorang di luar. serta merta dia bangun menuju ke tingkap.Dia menyelak langsir.Dari bawah dia terlihat encik vincent menarik rambut susan. kemudian keluar seorang wanita yg agak berumur membawa susan yang sedang meronta ronta itu masuk." hey Suzy I suruh you jaga dia elok elok kan? kenapa kau tak ikat dia? tgk skrg dia dh nak lari! ikat dia kuat kuat!" arah encik Vincent.
Azura yang melihat terkejut.Apa yang sebenarnya berlaku? bermacam macam soalan bermain di fikiran Azura.Azura terkejut apabila encik Vincent melihatnya dengan mata yang tajam. Azura segera menutup langsir.*****
Azura mengintai gintai rumah encik Vincent sekeluarga di tingkap. sudah 3 hari dia tidak nampak encik Vincent atau Susan. kereta mercedes miliknya pun tiada di halaman rumah. balik kampung mungkin.Azura tekad dia harus mengetahui apa sebenarnya yg terjadi pada susan sejak kejadian tempoh hari. dia harus memasuki rumah mereka. Untung juga kakaknya kerja pagi hari ini boleh juga dia menyiasat apa yang patut.
Azura memanjat pagar rumah encik Vincent. tengahari begini mana ada orang semuanya sibuk bekerja. Azura mengumpil pintu menggunakan pisau. pintu terbuka. Azura masuk perlahan lahan.serta merta bau yang amat busuk menerjah rongga hidung Azura. uwekk! Azura muntah disitu juga." bau apa ni?" soalnya. Azura lihat didalam rumah itu tiada apa apa yang mencurigakan. semuanya tersusun. cuma di bahagian dapur sahaja berselerak.nampaknya encik Vincent dan puan Suzy tiada di rumah. Dia terpandang satu bingkai gambar besar.Gambar mereka sekeluarga tersenyum bahagia. Rupanya Susan anak perempuan tunggal. cantik sekali Susan didalam gambaritu.tersenyum manis hingga menampakkan sebaris gigi putih dan lesung pipit.Azura kemudian memijak anak tannga satu persatu. Bau busuk itu semakin kuat apabila Azura tiba diatas. Azura terbeliak apabila kelihatan darah merata merata. berselerak sekali diatas ini. Bau busuk itu datang dari bilik yang ketiga. Azura membuka pintu sambil menutup hidungnya. Hampir pengsan Azura setelah memasuki bilik itu.
Dia terlihat sekujur tubuh yang dirantai penuh darah. bilik tiu penuh dengan darah. Azura ttidak mengenal pasti siapakah itu kerana seluruh tubuhnya disiat bebola mata terkeluar dari soket. mayat itu berulat. Segera Azura menelefon polis untuk memaklumkan kejadian itu. di hadapan mayat itu terdapat sebuah meja penuh dengan lilin dan tengkorak.Ada seekor kepala kambing tergantung disitu. yang paling menjijikkan kepala kambing itu sudah berulat dan hampir reput!.Azura juga dapat melihat di setiap dinding bilik itu tertulis simbol simbol yang tidak difahami menggunakan darah. Sedang Azura sibuk memerhati di sekitar bilik dia terpandang beberapa gambar seseorang.sepertinya dia kenal gadis itu. Azura mengambil bingkai gambar itu. Gadis didalam gambar itu ialah Susan. Jadi bermakna mayat yang disiat kulitnya itu ialah..... Susan! sungguh kejam! apalah kesalahan gadis ini sehingga dia diperlakukan sebegini.*****
Telah 2 minggu berlalu sejak penemuan mayat Susan. Ramai yang terkejut dengan penemuan itu terutama kakaknya. manakan tidak terkejut mereka berjiran. dan yang paling mengejutkan pembunuh Susan ialah ibu bapanya sendiri. Encik Vincent dan Puan Suzy ! mereka menjadikan Susan korban untuk syaitan! sehingga kini pihak polis masih lagi memburu mereka. semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...