Kisahnya terjadi pada tahun 2008, tempat di masjid tanah melaka. Masa tu aku belajar di kolej komuniti masjid tanah. Oleh kerana rata2 pelajar situ akan menyewa berdekatan dengan kolej. Aku diantara bernasib baik rumah sewa/hostel dekat btol dengan kolej(belakang kolej). Rumah sewa yang aku dapat ni rumah batu dan difahamkan baru dibina dicat.. Kiranya aku dan rakan2 lain orang first la rasmi duduk rumah baru tu. Oleh kerana tanah/jalan condong. Rumah aku paling tinggi macam atas bukit jadinya. Ada diantara kawan yang lain dapat rumah bawah(rumah lama).rumah bawah ni belakangnya ada tiang letrik dan pokok pisang berdekatannya ada busut disitu.
Suatu hari tu.. Kawan aku(rumah lama dan dibawah) ada buat makan2 sempena hari lahirnya. Sampai waktu malam sekitar dalam pukul 11.45 camtu. Aku dan kawan serumah ingin pulang. Kawan aku punya lari tinggalkan aku jalan balik seorang diri. Orang cakap kalau dah jalan malam2.. Mata tu jaga jangan nak melilau pandang sana sini atas bawah. Oleh kerana aku tak pernah berdepan situasi seram sangat. Mata aku dok pandang atas sekitar kwasan semak samun pokok2 sebab kawasan kampung dan mcm dekat dengan hutan. Sekali mata aku terus Spot tiang letrik(ada pokok pisang n busut) blakang rumah kawan aku tu.. Kaki aku serta merta kaku terpacak kat tanah seolah2 suruh aku tengok betul2 apa yang aku nampak tu khayalan dek kerana perasaan takot atau pun realiti entiti tu duduk atas tiang letrik tu.
Apa yang aku nampak ialah kain putih lebar macam telekung berkibar2 macam bendera ditiup angin malam sedangkan sekitar aku xde pun angin terasa. Kaki aku gagal dihayunkan kedepan. Aku tunduk kebawah dan cuba sedapkan hatiku bahawa apa yang aku nampak tu cuma bendera buruk dah usang.. Maybe tuan rumah pacakkan bendera lama lupa nak turunkan buang. Lama kelamaan kaki aku perlahan2 aku gerakkan terus sampai ke rumahku.
Sampai dirumah kawan aku bertanya lama sangat jalan padahal berapa langkah sahaja menuju rumah ke rumah bawah tu.aku menceritakan apa yang aku nampak. Kawan2 aku yang lain menenangkan aku dan berpakat esok siang kita tengok btol ada ke tak bendera/kain atas tiang letrik tu..
Keesokan harinya waktu nak ke kolej.. Ternyata memang tiada kain/bendera dekat tiang letrik tersebut. Lama aku pendam sampailah suatu hari tu aku berborak dengan tuan rumah apa yang aku alami tempoh hari. Tuan rumah dengan bersahaja relax cakap. "ohhhh ko nmpk benda bertenggek atas tiang letrik erk? Itu pakcik Mahmud punya.. Dalam waktu kul 11lebih malam memang kawasan laluan "benda" tu kat situ. Balik umah tuannya"
pakcik mahmud tu kiranya jiran rumah lama tu. Aku baru dapat tahu pakcik mahmud tu bomoh. Patutlah pernah suatu malam aku lepak dengan kawan kolej dekat depan.rumah lama. Kelihatan pakcik mahmud keluar membawa keris yang dibaluti kain kuning.Sejak kejadian tu ada macam2 kejadian misteri berlaku. Tingkap rumah kena baling batu. Kawan aku menangis ternampak nenek tua hodoh kat tingkap. Aku terdengar orang berus baju di bilik air waktu malam bila.cek tengok xde. Begitu la kisah misteri yang aku dpt lalui sewaktu duduk menyewa disitu.
P/S : 'aku' dlm cerita ni bkn sy ok
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...