LIF APARTMENT MELATI

712 37 1
                                    

Bangunan ni terletak di tepi pantai, ada 15 tingkat. Suatu hari Fayed terpaksa menghantar surat riminder kepada salah seorang penghuni apartment Melati, walaupun dia berat hati tetapi dia terpaksa juga lakukan.
"Dah nak balik kak Zah baru nak bagi surat ni.Esok je saya hantar boleh tak kak?"Kata Fayed malas sahaja dia hari ini.
"Surat ni urgent Fayed,kena hantar hari ni juga.Lagi pun apartment tu laluan kau nak balik je kan.Nah!ambik ni duit upah kerja lebih masa.Lepas dah makan malam ni."Kak Zah hulur duit rm20 sekeping.
Dengan rasa berat hati Fayed ambil juga.

Fayed masuk kan surat ke dalam beg sandangnya.Dia start motor dan menuju ke apartment melati.Selalu dia hanya melihat apartment itu dari jauh.Catnya pun sudah kelihatan sangat buruk, warna putih sudah berlumut.Sampai di guard Fayed memberi alamat apartment yang dia hendak pergi.

"Awak parking dekat reception sahaja , depan tu. Naik lift dekat situ."Kata security guard berbangsa india itu.
"Ada reception lagi ke?"Tanya Fayed.
"Sudah balik lah, tengok jam bro, sudah jam 7 malam."
Fayed pandang jam di tangan, ya lah!Dah jam 7 malam kenapa dia tak perasan.Cepat-cepat Fayed ke reception.
Fayed tekan butang lift, dia menunggu sebentar.Tetapi lift itu kelihatan seperti lambat sangat hendak turun.Macam lah ramai sangat orang naik lift nak turun ke bawah.

Ketika pintu lift terbuka, kelihatan seorang wanita keluar dari lift, seksi, wangi pula tu.Sempat pula fikiran Fayed merewang, menakal.Wajah wanita itu memang cantik, rambutnya agak panjang melepasi bahu.Tetapi....dia macam perasan wanita itu sperti melayang sahaja!Fayed menoleh ke belakang mencari kelibat wanita tersebut, anehnya wanita itu telah hilang dari pandangan.Merinding bulu romanya.Seram terasa tiba-tiba.

Fayed cepat-cepat masuk ke dalam lift,dia menekan butang bernombor 11,Lift bergerak naik. Sampai di tingkat 3 lift terbuka, tetapi tiada siapa yang masuk.Fayed tekan kembali.Sampai di tingkat 5 sekali lagi lift terbuka,juga masih tiada sesiapa yang masuk.Tingkat 7, tingkat 9 pun masalah yang sama terjadi. Setiap angka ganjil lift tersebut berhenti tanpa ada sesiapa masuk.!memanga aneh.Sehingga lah Fayed sampai ke tingkat 11.Cepat-cepat dia keluar dan mencari rumah yang sepatutnya.

Fayed menekan loceng, seorang wanita melayu pertengahan umur keluar. Fayed memberi surat yang di hantarnya dan meminta wanita itu menandatangani.
"Kenapa waktu macam ni hantar surat."Tanya wanita itu.
"Maaf kak, bos lewat bagi tadi."
"Naik tadi tak ada perkara ganjil berlaku ke?"
"Tak ada kak..."Jawab Fayed, kalau setakat lift berhenti itu perkara biasa, mungkin ada budak-budak bermain,
"Baik adik turun ikut tangga."Nasihat wanita tersebut Fayed sudah pelik, kenapa nak ikut tangga, tinggi ni kot.

fayed tidak mahu mendengar kata-kata wanita itu, dia menuju ke arah lift. Menekan butang seperti tadi. Sebaik sahaja pintu lift terbuka, Fayed terus sahaja masuk.Sampai di tingkat 9 Lift terbuka,tiada sesiapa. Pada tingkat 7 juga lift terbuka.Kali ini Fayed memberanikan hati meninjau keluar..suasana suram dan agak gelap. Di hujung lorong Fayed melihat sesusuk tubuh berdiri tegak. Dia melihat tubuh itu melompat-lompat.Pocong!..
Cepat-cepat Fayed masuk ke dalam lift dan menekan butang.Berderau darahnya.Sejuk sahaja tangannya.Ya Allah tempat apa dia pergi ni.

Pada tingkat 5, lift terbuka lagi.Kali ini betul-betul di hadapan lift sesusuk tubuh berkapan berdiri tegak.Fayed terasa kakinya menggigil, mujur tangannya masih mampu menekan butang close dan lift kembali bergerak.Rasa hendak menjerit dia di dalam lift.
Di tingkat 3 sekali lagi lift terbuka Fayed cepat-cepat menutup pintu lift.Mujur tiada mahkluk berkapan itu didepan matanya.

Apabila smpai di ground floor, pintu lift terbuka.Seorang wanita berdiri di hadapan pintu, dengan kaki tidak jejak ke lantai dan matanya putih.Meluru Fayed keluar dari lift tersebut.Termengah-mengah dia berlari mendapatkan security guard,mOtorsikalnya tertinggal berhampiran pintu masuk ke reception.

"Kenapa dengan awak ni bro?Jumpa pocong ka?"
Guard itu tersengih.
"Setiap tingkat ganjil lift berhenti. ada pocong!"Jawab Fayed.
"Mesti you ada jumpa perempuan tak jejak kaki ke tanah dengan mata putih dekat depan tadi kan?"
"Saya lama kerja sini. sudah tahu...hantu syaitan sini. Tak payah takut, dorang tak kacau. cuma nampak sahaja."

Tak kacau pun tapi kalau dah tercongok depan mata kacau juga lah jiwa macam dia hari ini.Betul lah apartment Melati ini berhantu!

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now