Baru-baru ni aku bawa anak-anak ke pantai yang agak tersorok dari pantai tumpuan ramai. Tapu okey lah ada pokok untuk berlindung walaupun tak ada tandas awam. Apa ada kisah rumah dekat boleh je balik tanpa mandi dengan air biasa tu.
Aku macam biasa, memang jejak kaki dekat pasir je.Selebihnya duduk dekat bawah pokok, perhati anak-anak dan suami mandi.Sambil tu aku baca novel. Penulis seram macam aku sebenarnya baca novel cinta je...hakikatnya percaya lah!
"Ibu...ibu..."Tiba-tiba anak perempuan aku si wafa ni panggil aku.Kelam kabut naik berlari sambil panggil aku.
Aku tengok dia dari arah sebelah kiri dekat situ ada hutan kecil dan banyak batu-batu.
"Buat apa kakak pergi tempat tu?"Aku tanya dia, muka dia macam blur sikit.Macam takut pun ada."Mana abang dengan ayah?"Aku tanya sebab tak nampak kelibat abang-abang dengan ayahnya.
"Kakak takut, dorang semua pergi tengok benda."
"Benda apa?"
Aku tak fikir benda lain, dekat celah batu tu kadang-kadang memang ada setan yang bukan syaitan. Faham je lah kalau tempat sunyi macam tu. Syok setan bukan syaitan tu buat projek.Tak lama lepas tu anak lelaki aku dengan ayahnya datang dekat kami berdua.
"Ibu tahu tak masa kami tengah mandi tadi...dari laut tu kami nampak ada orang, pakai baju hitam. Memang orang kami nampak duduk je pandang ke laut."
"Betul bu..."Sahut anak aku yang seorang lagi.
"Aah..."Si ayah pula mengiyakan.
"Orang lah tu , apa masalahnya?"Pelik aku orang pun nak heboh.
"Lain macam bu, dah lah hitam je..pas tu tak bergerak-gerak tu yang pergi tengok.Tapu bila sampai dekat situ hilang pula orang tu."
"Owh dia dah blah lah tu."Kata aku.
"Mana ada orang tu blah, hilang macam tu je..kami nampak ibu."Aku diam!Aku pandang jam dekat tangan. La dah tenghari patut lah, dah nak masuk waktu zohor.
"Sudah-sudah lah tu naik lah..."Kata aku.
Kebetulan lepas mandi tu kami nak gerak balik kampung dah.Senja tu Habib menangis beriya-iya. Aku pun pelik nak kata kembung tak kembung pun. Emak aku ni pula tahu lah sikit-sikit pasal buat keteguran ni, perihal lambung kunyit calit dekat dahi dengan sendi.Petua orang dulu-dulu.Mak aku buat macam tu lah...banyak juga kunyit tu naik tanda memang kena tegur benda halus.
"Pergi lagi merayau..."Emak aku cakap, bukan marah tapi mengingatkan aku ni jangan suka sangat merayau.
"Kan dah kena tegur pontianak."Sambungnya."Entah-entah yang kita nampak dekat pantai tu pontianak tak?"Tiba-tiba anak aku bercerita perihal tengahari tu.
"Iya lah tu..."Jawab emak aku.
Aku diam...mahluk Allah meratakan...
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...