Time tu aku tingkatan satu , aku ni jenis pendiam lah jugak sebab bila mak sedara pak sedara aku tanya je mesti tak berjawab . Kekadang diaorang gelar aku ' Along bisu ' kesian kat aku kan.. huhu
Nak dijadikan cerita rumah nenek aku dekat ngan kubur , kiranya kalau tengok ikut luar tingkap bilik mak sedara aku memang nampak lah batu nisan tercacak. Bila aku tidur bilik tu je aku kena ganggu , taklah sampai hantu tu nak menjelma kan diri tapi selalu kena pindah. Paling kejam kena pindah sampai belakang jamban. Time tu jamban kat luar kan. Masa aku kena pindah tu jangan cakaplah memang heboh lah satu family siap buat baca yassin lagi.
Lepas tu dah takde gangguan dah dan aku dah boleh tidur ngan aman tapi ada dekat dua bulan lepas tu family aku kena ganggu lagi. Yang ni giliran paksu aku, katanya dia nampak aku makan ayam mentah kat dapur macam orang tak makan seminggu . Bila paksu aku panggil aku , suara aku menyahut dari dalam bilik pastu lembaga yang menyerupai aku tu pandang paksu aku ngan wajah yang bengis pastu paksu aku apa lagi , dengan ilmu tak cukup didada dia hanya mampu menjerit Allahuakhbar sambil berlari masuk bilik. Dia demam dua hari, lepas tu baru dia cerita benda ni kat family aku.
Lepas paksu aku kena, aku pulak yang kena. Masa tu aku lupa tutup tingkap bilik . Dah tengah tengah malam baru aku perasan . Masa tu nenek suruh makngah tutup ngan cepat . Muka nenek berkerut masa tu aku pun tak tau kenapa tapi makngah tak nak tutup . Takut katanya lantas disuruh nya aku yang tak tau apa apa ni pegi tutup . Aku pun apalagi pergi jela meskipun takut . Masa nak tutup tu tetiba angin sejuk menerpa ke muka aku . Mula lah darah aku berderau . Mana tak berderau kalau tengah malam macam ni yang takde angin tetiba ade angin . Pastu mata aku terpandang sesuatu kat kubur , berdiri dekat batu nisan . Aku amati benda tu pastu aku menjerit ! Mana tak menjerit bila nampak perempuan muka seram senyum kat kau boleh pulak masa aku jerit dia muncul depan mata . Aku pun dah tak sedar apa apa , bangun bangun je ade kat ruang tamu . Katanya aku meracau semalam . Aku pun senyum jela . Lemah semangat rupanya aku ni hahaha .
Yang ni pulak aku kena masa tengah mandi sungai ngan paksu ngan kawan kawan dia . Paksu sekolah menengah masa tu mesti lah dia nakal kan dahla mulut celupar tak padan ngan lelaki . Masa mandi tu dah dekat maghrib, kawan paksu tu nama dia Meran jerit ajak balik tapi paksu degil . Aku pun apa lagi dah paksedara dia macam tu aku pun macam tu . Stay jugak dalam air masa tu . Meran pun kata ' Nanti ade setan ke jembalang ke baru kau tahu ' tapi paksu jawab ' Setan ke apa ke diaorg ngam ngan aku lah ' sambil ketawa . Meran nak balik tapi risau ngan paksu jadi dia duduk je kat tebing dengan muka risau . Aku pun perati je si Meran tu . Almaklumlah hensem . Lepas tu aku dengar paksu jerit nama aku . Aku alih pandangan aku pandang belakang sebab paksu tunjuk kat belakang aku . Alangkah terkejut aku bila ada kepala perempuan terapung betul betul tepi aku . Muka hodoh berdarah darah , dia tersenyum pulak tu . Aku pun apa lagi jerit ah . Lepas tu Meran terus turun tarik aku . Paksu awal awal dah lari . Lepas tu kitaorang lintang pukang lari dah lah time maghrib , time setan setan suka keluar . Sampai je rumah terus masuk keringkan badan . Tak nak mandi dulu sebab bilik air kat luar . Dah kena cam tu kat sungai takut kena lagi dalam bilik air . Meran pun takut nak balik rumah . Last last tidur ngan paksu kat ruang tamu . Aku pun join sekali . Memula tengok tv lepastu dah terlelap . Lepas tu aku terjaga , sunyi gila . Paksu ngan Meran pun dah tidur . Aku pun pandang jam . Baru pukul 330pagi . Aku ingat nak masuk bilik tidur ngan makngah . Yelah sebab aku je perempuan kat ruang tamu tu . Tapi masa aku alih badan aku ke kiri . Aku nampak satu benda , berbungkus ngan kain putih . Aku perati je lelama . Ya allah pocong ! benda tu macam nak alih badan dia menghadap aku . Aku terus baca ayat kursi dalam hati pastu pejam mata rapat rapat . Aku dapat rasa benda tu makin rapat ngan aku . Aku tahan je perasaan takut aku tu last last aku terlelap . Bangun bangun je dah siang . Nasib baik tak kena pindah . Lepas tu aku cerita benda tu semua kat nenek ngan ayah .
Lepastu diaorang buat baca yassin sekali lagi pastu panggil ustaz suruh halau benda benda tu . Lepas dari tu aku dah tak kena gangguan lagi dah..
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...