Kejadian ni berlaku waktu raya tahun lepas. Malam raya kedua. Waktu tu kami sekeluarga dalam perjalanan balik dari johor bahru ke felda palong timur. Sengaja kami lewatkan perjalanan sebab nak elakkan jalan sesak. Kami sepakat bertolak dari rumah abang aku jam 11 malam. Waktu tu aku dalam 1 kereta dengan abang aku dan isterinya. Nak mengelakkan mengantuk kami berborak tentang cerita-cerita seram.
Sampailah di satu kampung menghala ke kampung aku. Kampung Pudu. Kampung tu memang agak dalam di tengah hutan. Dan ramai yang bercerita tentang kisah-kisah mistik yang sering berlaku dalam kampung tu.
Aku tengok jam. 4 pagi. Aku pelik bila abang aku yang tadi rancak bercerita tiba-tiba senyap. Aku pulak seolah-olah terkelu.
Waktu melalui sebatang jambatan dalam kampung tu, aku mula rasa tak sedap hati. Bulu roma aku tiba-tiba meremang. Aku tergerak hati nak jengah ke belakang tengok akak ipar dan anak buah aku yang sedang nyenyak tidur. Baru je nak toleh abang aku terus palingkan muka aku ke depan.
Aku terkejut. "Kenapa?" Terpacul soalan tu dari mulut aku. Dia dengan cepat menolak back mirror menghala aku.
Terkejut aku apabila melihat sesusuk tubuh lembaga dengan rambut yang panjang sedang mengikuti kereta kami. Wajahnya yang berulat seolah-olah cair menambahkan lagi seram aku.
Aku terus pandang abang aku. Aku nampak mulutnya kumat kamit membaca sesuatu.
Tiba di satu kawasan ladang kelapa sawit. Aku terpandang pontianak tu seolah-olah menunggu kami di atas salah satu pokok di depan kereta kami.
Tanpa aku sedar mulut aku sedang membaca ayat kursi berulang-ulang kali. Tiba saja di kawasan kampung aku. Makhluk tu pun hilang..
Sesampai di rumah aku bercerita pada ayah aku tentang kejadian tu. Ayah aku tahu sebab sewaktu aku nak memasuki pintu rumah. Dia ternampak pontianak itu berdiri di belakang aku.Lepas kejadian tu. Aku demam 3 hari dan semenjak tu aku tak akan melalui kawasan tu pada lewat malam. Biarpun dekat. Aku tak kan lalu jalan tu lagi.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...