JUBAH HITAM BERTUDUNG PUTIH

1K 60 1
                                    

Malam ni aku nak bercerita pendek sahaja. Tentang kejadian seram yang berlaku dekat aku dan rakan sepejabat aku pagi semalam. Ini bermaksud cerita ni cerita betul, bukan rekaan. Semua nama terpaksa diubah atas sebab tidak mahu mereka mendapat publisiti murahan di sini. Kecuali nama aku. hehe. Ok, kisahnya bermula begini..

Jarum jam baru menunjukkan pukul 8.10 pagi. Oleh kerana jarak rumah aku ke tempat kerja agak jauh (Lebih kurang 40km), jadi aku akan mengambil langkah bijak iaitu dengan keluar lebih awal. Lagipun aku malas nak 'berperang' dengan kenderaan-kenderaan lain di jalan raya. Sesak. Dan biasanya aku orang pertama yang akan sampai awal di pejabat. Sementara menunggu pejabat buka, tidur sebentar di dalam kereta akan menjadi pilihan aku. Kalau tak tidur pun aku akan duduk di kaki lima pejabat sambil menghisap rokok ataupun menghantar pesanan teks selamat pagi untuk yang tersayang. (ecewah)

Tapi malam ni aku bukan nak bercerita tentang cinta, jiwang dan jauh sekali pasal bagaimana mahu menghantar pesanan teks yang paling sweet kepada kekasih, tetapi malam ni aku nak bercerita pasal benda seram dan misteri yang terjadi di pejabat aku pagi itu. Bagi aku benda ni tidaklah seseram mana, dan aku pasti ramai yang akan mengoment dekat cerita aku ni mengatakan cerita ni langsung tak seram. Ataupun ada yang comment nanti cerita aku ni boring dan panjang sangat. (Haha malam ni pendek je okay!). Tapi jujur cakap, walaupun kejadian ni agak tipikal, tetapi ia memang benar-benar berlaku dan juga meninggalkan misteri yang tak terungkai.

Tepat jam 8.30 pagi, pejabat pun dibuka. Biasalah, pukul 8.30 masuk pukul 9 lah kan baru buat kerja. Seperti biasa aku dan rakan-rakan akan duduk-duduk dulu, berborak-borak dulu. Ada yang tengah sarapan dekat pantri, ada pulak yang turun balik sebab baru nak tapau sarapan. Ada pulak yang sibuk membuat 'analisis' dekat news feed facebook dulu. Yang mana jenis rajin dan berkomitmen tinggi tu akan terus mula buat kerja. Aku pula jenis yang separa rajin. Dah selesai semua upacara sarapan, berborak, bergosip dan meng'analisa' facebook, kami pun mulakan tanggungjawab dan kewajipan kami. Sebenarnya bos dah datang, tu yang secara automatiknya situasi dan permandangan lepak tadi terus berubah menjadi rajin. Aku pun buat-buat memeriksa e-mel-emel kerja. Konon-kononnya lah.

Kejadian misteri dan seram berlaku apabila salah seorang kawan aku yang bernama Alin telah bertanya kepada aku dan rakan-rakan sepejabat yang lain.

"Eh, mana Fara?" Kata Alin yang hairan melihat meja Fara daripada tadi kosong.

"Mana ada Fara datang hari ni. Kan dia cuti. Semalam lagi dia dah cakap kat kitorang dah." Kata kawan di meja sebelah aku, Amir.

"Aik? Tak yah nak kelentong lah, Aku nampak kot dia tadi. Itu memang dia, confirm dia. Tak kan aku dah tak boleh cam kot muka dia. Dia lalu depan aku, lepas tu dia terus duduk dekat meja dia. Dua tiga kali jugak aku nampak dia kat sini. Tak kan kau tak nampak Fiq?" Alin berkeras dengan jawapannya. Aku hanya menggelengkan kepala saat Alin menyoal aku.

"Alinn, mana ada Fara datang hari ni. DIA CUTI. CUTI. !!" Amir tidak berkata bohong. Memang kami semua dengar semalam yang Fara mengatakan dia cuti hari ni. Aku sendiri nampak dia ambil borang cuti 3 hari lepas dekat bilik admin. Keadaan pejabat terus jadi sunyi sepi, Alin masih terkebil-kebil setelah mendengar penjelasan kami.

"Habis, yang aku nampak tadi tu siapa?? Betul...! aku nampak Fara jalan-jalan dekat pejabat ni pakai jubah hitam dan tudung putih!" Alin hampir menangis.

Untuk pengetahuan kamu semua, ada satu lagi kejadian menyeramkan yang berlaku pada hari itu. Iaitu fail yang terletak elok di rak bersebelahan meja Fara, secara tiba-tiba terjatuh sendiri ke lantai. Aku dan Amir terdiam, tanpa menyapa dan tanpa menegur, kami terus tunduk ke meja dan tekun membuat kerja. Langit gelap dan guruh berdentam-dentum di luar menambahkan lagi suasana seram.

Esoknya Fara datang seperti biasa, kecoh satu pejabat bercerita tentang hal tersebut. Fara juga jadi takut.

"Seumur hidup aku, tak pernah aku pakai jubah hitam dengan tudung putih tau tak?" Kata Fara kepada Alin yang sedang termenung dan terdiam membisu.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now