LPT2

1.9K 74 2
                                    

Che Nik Che Wil yang berusia 71, dari Kampung Peroh, cerita pernah ada suatu ketika tu semasa melalui kawasan lebuhraya, sesuatu yang melintas sehingga dikatakan disitu adalah hot spot punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

"Pakcik tidak pernah alaminya tetapi sering dengar cerita sama beberapa kali iaitu ada 'benda' melintas lalu menyebabkan pemandu terkejut agaknya lalu terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga ada kubur lama di area tu tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.







Pakcik Che Nik bersambung kisah lain pula Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pernah dengar cerita beberapa orang pekerja meninggal dunia kerana tragedi termasuk kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

"Daripada cerita didengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas," ujarnya.

Oleh itu, kebanyakkan pengguna LPT2 tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu. Umum mengetahui LPT2 dicop sebagai 'lebuh raya berhantu' rentetan kes kemalangan maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka sehingga sekarang.

Jolokan itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk ghaib.

Perihal LPT2 yang kononnya 'keras' dan punya 'penunggu' juga turut rancak diperkatakan di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2 yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now